Monday 29 September 2008

VADEY-MASALODE

vadey

terima kasih RINCHAN & MAT GEBU

Bahan:

250 g kacang dhal
1/2 biji bawang besar
1 tangkai daun kari, dilurut dan dicuci
1 camca teh jintan manis, cuci dan toskan
1/2 camca teh garam
2 tangkai cili kering, buang biji, hiris halus, cuci dan toskan
1 biji cili hijau, hiris halus

Cara:
  1. Cuci kacang dhal dan rendam 4 jam. Sementara itu, potong dadu bawang besar dan satukan bersama daun kari, jintan manis, cili kering, cili hijau dalam satu bekas. Gaul rata.
  2. Toskan kacang dhal, kisar hingga hancur (tapi jangan terlalu lumat, mat guna food processor), dan masukkan ke dalam bekas tadi bersama garam. Gaul hingga sebati.
  3. Lumur tapak tangan dengan sedikit minyak masak, ambil sdikit adunan, bulat2kan dan leperkan seperti begedel. Letak atas plastik yang telah disapu minyak. Buat hingga siap.
  4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel. Boleh dihidangkan untuk minum petang...yumm yumm...

4 comments:

selesaimasalah : said...

Salam Eid al-Mubarak, Best sangat berkaitan vadey ni, terima kasih dan doakan saya juga zaujah (isteri) sabar coz la ni duduk berjauhan... Blog ni pun zaujah saya yang perkenalkan kepada saya. ZAujah saya minat sangat2 dengan blog puan apa yang puan tulis berkaitan dengan resepi semua dia nak cuba tapi baru satu @ dua je resepi dicubanya...

Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan batin..

P.S : Doakan kami sentiasa bahagia dan dirahmati Allah, Jika tak keberatan sudi2kan la add blog saya ke dalam blog puan, terima kasih..

jo ayee said...

salam zaujah..selamat hari raya juga dari kami sekeluarga...raya tak balik la ..selalunya pun tak balik juga...:( this raya tak masak apa2 pun..sibuk berjalan rumah member..tu yg best..

linda said...

bestnye wat vadey.. asal awak buat jek nampak cam senang.. jeles btoi la.. mcm nk try gak nih..

nk tnye, vadey tu kalo keep frozen bleh ke? meaning.. bile nk mkn baru goreng..

jo ayee said...

jo rasa boleh kot...tak pernah lak try..kalau jadi ckp yer