Showing posts with label Cake. Show all posts
Showing posts with label Cake. Show all posts

Monday 9 February 2009

Sunday 11 January 2009

Swiss Roll


resepi dari Apek + MakLang + Ain....terima kasih..terima kasih..5* to this recipe

Bahan-bahan
6 biji telur gred A @ B
4oz gula castor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu bsr ovelet
3oz tepung gandum
1 sudu bsr susu tepung
4oz mentega cair
sedikit coklat emulco
jem strawberri secukupnya

Cara:

  • Telur,gula,ovelet,baking powder,esen vanilla,tepung gandum dan susu tpg msk dlm bekas dan dipukul dgn kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
  • Adunan dah gebu akan jadi camni
  • Masukkan mentega cair,kemudian kacau rata ngan sudit kayu
  • Asingkan sedikit adunan tadi (skit je setakat nak buat line) ke dalam bekas lain,kemudian masukkan coklat emulco.Kacau rata kemudian masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag
  • Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya[/b]
  • Paipkan adunan coklat td di atas adunan yg diratakan dlm loyang
  • Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi dari atas ke bawah
  • Bakar dlm oven selama 20 minit dgn suhu 170darjah celcius.
  • Apabila kek sudah masak dan sudah betui2 sejuk, terbalikkan ke atas sekeping kertas kemudian sapukan jem sehingga rata....tolong jgn sapu kuat2
  • Setelah jem disapu rata,gulung kek tadi perlahan2 sehingga kemas. Dah gulung, bolehlah dipotong camni

  • Nota mklang :
- jgn lebihkan masa pembakaran nanti terlampau garing susah lak nak gulung..pecah kulit swissroll
- jgn buat nipis benor..susah nak gulung nanti
- time nak gulung tu...cubalah berlembut skit ngan swissroll...kalau ganas2 tersiat plak kulit swissroll yg cantik gebu tu..kulit swissroll ni jenis FRAGILE
- korang nak buat batik jawa ke..batik marble ke...batik kalerpul ke...ikut sukahati koranglah ye!
- filling tu boleh jugak letak bcream,choc., jem, blueberi..yg mklang buat tu mklang letak blueberi..sodappp :P
-pastikan kek sejuk dulu barulah gulung...kalau tak melekat kat paper kuih
- masa sapu jem tu cuba jangan ditekan kek tu sangat...tu sbb kulit dia melekat..
- kalau perhatikan tepung tu nampak skitkan...takpe...jgn risau..
- alas loyang ngan paper kuih tu...biar terjulur dari loyang pun takpe..senang nak angkat...jangan kedekut paper kuih tau... :-D
- nak guna sponge mix pun boleh...tapi rasalah yg original punya dulu..best ke tak ;-)
-mklang guna loyang sbread 50 petak tu je...loyang tu kan pelbagai guna... ;-)

Thursday 4 December 2008

Strawberry Cheesecake - for Nat's 5th Birthday

DSC_3672rz

recipe sama dgn cheesecake biasa yg dah buat..cuma taruk strawberry flavouring. hias dgn whipped cream & buah. untuk chocolate writing, panaskan cooking choc dlm microwave, tuang atas greaseproof paper, sambil bentukkan bulat dgn sudu. sejukkan. bila dah sejuk. caiarkan white cooking choc, utk tulisan.

tasyabdaycake

Sunday 30 November 2008

Chocolate Mousse Birthday Cake

DSC_3445 copy


Resepi C&P from Intan
Bahan: (18cm)

Span:
45g butter
65g gula halus
1 biji telur
50g tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar serbuk koko
-utk cake diatas buat double

Mousse:
140g coklat masakan

1 sudu besar gelatin
100ml air
2 biji telur putih
200g whipping cream

Cara:
Span:
- pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.
- kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.
- ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.
- masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.
- bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.

Mousse:
- masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.
- cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).
- bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.
- pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.
- dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.
- masukkan Whipping cream dan Gelatine ke dalam Coklat cair. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
- tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.
- sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse.

DSC_3432


Decoration:

Bahan:
400ml whipped cream
1/3 cwn gula icing
Strawberry & mandarin dalam can
Cara:
Pukul cream & gula sampai berkrim. sapukan atas cake, dan susun dgn buahan.

DSC_3531

Collage20

Tuesday 4 November 2008

Lyn's Famous Featherlike Spongecake


recipe source : Jun@yummylicious & Vin@vg

Bahan:
4 biji telur-asingkan putih & kuning
3/4 cawan gula
3/4 cawan tepung jagung-ayak
1/2 cawan tepung kastad-ayak
1 sudu teh cream of tartar-ayak
1/2 sudu teh soda bikarbonat-ayak
secubit garam-ayak
Cara:
pukul putih telur hingga kental. masukkan gula n pukul lagi. masukkan kuning telur, pukul lagi selama 5 min. kaup balik bahan2 kering yg diayak n masukkan kedalam 2 loyang size 8x8. atau satu loyang yg size besar bakar pada 180'c selama 25min.

note: rasa lebih kurang bahulu.tapi tersangat la ringan .sedap & sesuai utk layerkan dgn cream&fresh fruit. rasanya atok nenek suka kot kalau cicah air kopi...kalau nak makan saja2 kering & lekat kat tekak..tapi sedap la jugak.

Collage16

Friday 17 October 2008

Kek Buah "Sedap"

fruitcake

recipe here

note: Cake lagi kuning coz guna mixed fruit yg byk sultana ( colour kuning).yg lepas byk raisins (colour hitam). Juga kat atas tabur dgn sedikit chopped hazelnut.

Saturday 11 October 2008

KEK BUAH "sedap"

kek buah

rating: lemak & lembap 10/10. ubah suai dari kek buah by JUN. thank you my dear

Bahan:
380g susu pekat manis*
400gm mixed fruits*
250gm butter*
1 cwn air*(250ml)
2 biji kuning telur

3 cwn tepung gandum (+-380gm)
1 sk baking soda (+-5g)
1/2 cwn orange juice - dari 2/3 biji orange

Cara:
  1. masukkan bahan * dalam peiuk, masak atas api sederhana,sambil dikacau. hingga butter & susu larut. alihkan.sejuk dalam fridge 3-4jam. campurkan dengan telur kuning. kacau serata
  2. ayak tepung dgn baking soda. masukkan sedikit2 dalam (1). masukkan orange juice. kacau serata mengunakan spatula.
  3. panaskan oven 170degC. alas dan grease 8x8" pan. bakar lebih kurang 1jam . jgn overcook. nanti kering. lagi lama simpan lagi sedap
note: (kalau tak der orange, ganti dgn apa2 jus yg acidic

Monday 29 September 2008

Moist Chocolate Cake with Buttercream

recipe

choccake copy

MOIST CHOCOLATE CAKE : Recipe

CHOCOLATE BUTTERCREAM: BY ALONGROZ
125gm butter
125gm margerin
80gm icing sugar
100gm plain cooking chocolate - melted
  • beat all ingredients except chocolate. mix in melted chocolate & ready to use



Sunday 17 August 2008

Happy Birthday Adik & Kakak

Collage15 copy


Spiderman Cake:
Fondant-Italian Buttercream-Kek Marble Susu:

Kek Marble Susu by NORZAILINA NORDIN: copy & paste from CMG

Bahan-Bahannya :
250 g mentega (nak sedap guna mentega berkualiti tinggi)
230 g gula halus
2 camca teh ovallate
4 biji telur gred A
270 g tepung halus*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
60 g susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
2 camca besar susu cair
1 camca teh coklat emulco

Cara membuatnya :-)

1. Pukul mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Masukkan susu pekat dan gaul rata.
2. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
3. Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak. Kemudian buat beberapa pusingan dengan menggunakan chopstick.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan hias ikut suka..
with help from daddy

Butterfly Cake:
Eggless Choc Cake -Butterscotch Frosting:


this one from AIN, ALONG, Siti

Butterscotch Frosting:
75g butter-guna soy butter
45ml milk-guna soy milk
25g soft light brown sugar
15ml black treacle
350ml icing sugar sifted
  • satukan butter, milk, sugar,treacle. masak guna double boiler. sambil dikacau hinga gula hancur. tutup api.
  • masukkan icing sugar,kacau dgn spatula hingga sebati dan licin. terus curah atas kek.
Italian icing: ( buat half pun dah terlebih2 byk)
334ml putih telur
500gm caster sugar
1kg butter
  • masukkan putih telur + gula . masak dlm double boiler- suam2 kuku. kalau panas sgt telur masak nanti. sambil dikacau hinggga gula hancur dah pekat.
  • sejukkan sekejap.
  • pukul butter 5 min, masukkan campuran telur+gula, pukul lagi hingga gebu

Choc Cake n Ganache

iriscake

Moist Choc Cake :previous entry
Ganache:
175ml double cream
225g plain choc-chopped
25g butter
  • panaskan cream hinga sekali mendidih . alihkan dari stove. masukkan choc. kacau hingga choc cair. masukkan butter. kacau lagi hinga hampir pekat. curah atas cake

Saturday 21 June 2008

Yasmine's Bday Cake

Collage1

Bahan:
kek putih telur-prev.post
butter icing-
450g butter, 200g shortening, 300g icing sugar :- pukul sampai putih.

note: susah nak rata & tersangatla lembik

Tuesday 17 June 2008

Kek Putih Telor

DSCF5120 copy2



Bahan:
300g putih telor
190g cream flour/super fine/tepong hong kong
170g gula halus
1sb ovallete
250g (butter + margerin cairkan)
50ml santan cair
1sk cream of tartar

cara:
pukul putih telor sampai kembang. masuk kan gula dan cream of tartar. pukul lg sampai stiff
asingkan 1/4 dan masukkan tepong, ovallete dan santan, pukul sampai sebati
masukkan 3/4 putih telor berselang seli dgn butter/margerin cair dan kacau perlahan2 menggunakan spatula
alaskan tin 8X8" dgn greaseproof paper
panaskan oven 180 deg C
bakar ~ 20min


ubah suai dari resepi kek lapis buku Rabiah Amit

Wednesday 16 April 2008

Sunday 6 April 2008

Kek Hati Parikh

kekhati
recipe by Kak Pah

Bahan:
10 biji telur gred B -2 biji di buang putihnya
8 gelas tepung gendum
4 gelas gula merah-brown sugar
600 gm kismis hitam-tumbuk
1 keping milk cooking choc-potong kecik2 atau sagat
16 oz mentega
4 sudu bicarbonate of soda
2 gelas gula pasir -masak hingga cair & perang
7 sudu browning sugar-mummy guna treacle
1 botol kecil horlick -200gm

Cara:

  1. mentega digaul dengan gula merah hingga rata
  2. masukkan telur gaul rata
  3. masukkan horlick, tepung gendum, kismis
  4. masukkan tepung gendum yang dicampur bicarbonate,
  5. coklat,
  6. browning sugar,
  7. Akhir sekali masuk gula hangus-masa masih panas2
  8. kukus selama 8 jam
  9. bungkus tutup pengukus dgn towel



kekhatipari

note:

mummy buat separuh adunan tu pun dah besar cake ni
lupa lak nak tutup penutup dgn towel, air byk menitik atas cake
kukus 4 jam aje
cake tahan up to 3 bulan
chewy , sticky, very2 rich fruity cake

Friday 4 April 2008

Pandan 'n Poppyseeds Chiffon Cake

chiffoncake

recipe is adapted from lydia's

Bahan:
A:
4 kuning telur
20g gula halus
50g minyak
70ml air pandan
1 sb poppyseeds
B:
85g tepung gandum-mummy guna cream flour
15g tepung jagung
1/2 sk baking powder
C:
4 putih telur
100g gula halus
1/8 sk cream of tartar

Cara:
  1. bancuh A hingga sebati. ayak B kedalam bancuhan A. kacau sebati. ketepikan
  2. pukul putih telur hinnga soft peak. masukkan gula halus & cream of tartar. pukul lg hingga stiff.
  3. masukkan 1/4 bancuhan putih telur kedalam no 2. kacau sebati.
  4. masukkan sedikit2 demi sedikit putih telur dlm no 2. kaup perlahan2.
  5. greased bahagin bawah chiffon pan. bukan bahagian tepi.
  6. masukkan adunan. bakar 170degC selama 40-45min
  7. bila masak, terbalikkan pan.cool completely
note:
  1. 100g allpurpose flour(85g tepung gandum+15g tepung jagung)
  2. using chiffon pan size 22cm(9") x 11cm
  3. actual cake size 20cm x 4cm
  4. cover the cake with foil about halfway thru the cooking time

Thursday 13 March 2008

Kek Choc Kukus

DSCF0237 copyrz

recipe by chef mini-SOON
note: 5/5

Saturday 19 January 2008

Marble Cheesecake

DSCF8554 copyrz



Bahan:
225 g phil soft cheese
3.5 oz susu pekat manis
10 g tepung gandum
26 g choc masakan-melted
1 telur
1 tsp vanilla

Base:
220 g digestive-kisar halus
3 sudubesar margerin-cairk dgn api sederhana, masukkan digestive kisar, kacau serata.

  • griskan bekas 8". tekan campuran biskut & margerin hingga padat. sejukkan sekejap.
  • pukul cheese sampai lembut. masukkan susu pekat, pukul lagi. masukkan telur, pukul, masukkan tepung & vanilla.kacau hingga sebati. asingkan1/3 cwn.
  • cairkan choc, kacau dengan 1/3 cawan adunan hingga rata.
  • ratakan adunan putih. akhir sekali, sudukan adunan choc diatas. marbled- used chopstick
  • bakar 170 hingga set. yg ni nipis jadi 20 min dah masak.
nb: for 4 people

DSCF8532 copyrz

Wednesday 2 January 2008

Vegan Peanutbutter Choc Cake

1 1/2 cawan tepong gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula (castor sugar)
1 sudu teh baking powder
(Kesemua bahan ini bolehlah disatukan)
1 cawan air
1/3 cawan minyak masak
1 sudu makan cuka
2 sudu makan peanut butter
  • Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas adunan (bahan kering dan bahan cairan)
  • Putar/pukul sehingga semua bahan rata dan sebati
  • Masukkan ke dalam acuan yang telah disapu dengan margerin (supaya tak lekat) dan bakar sehingga masak (bila masukkan lidi keluar dgn bersih)
  • Setelah kek masak dan sebelum sejuk bolehah ditaburkan cokolat urai ke atasnya (kalau dah sejuk nanti tak melekat)

Bahulu with Caramalized Almond


Bahulu Gulung