Saturday 31 January 2009
Monday 14 July 2008
Kuew Tiaw Goreng Basah

Bahan-bahan ( 5 org makan )
- 600g mee kuning
- 2 ekor sotong
- 6 ekor udang basah
- 3 pokok sawi
- 1 sb pes lada kering
- 2 sb minyak masak
- 1/2 sb sos tiram
- 4 sb sos tomato
- 1/2 sb kicap pekat
- 3 cawan air panas
- 3 ulas bawang putih
- garam, gula & ajinomoto
- ** lada jeruk **
- cuka
- gula & garam
- lada besar hijau
Cara-cara
- Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan pes lada tumis sekejap. Masuk sotong & udang gaulkan sebati.
- Masuk sos tomato,sos tiram,kicap pekat,gula,garam dan ajinomoto. Kacau biar sekata. Masuk air panas dan biar menggelegak. Rasa cukup semua bahan perasa. Adjust ikut selera anda.
- Masukkan mee kuning & gaul sebati. Masukkan pula sawi (daun shj), kalau nmpak air mcm dah kering atau tak cukup basah blh tambah lagi air panas.Kecilkan api & biar selama 4minit. Kemudian gaul2 sekejap,bila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api. Masukkan taugeh dan gaul sekata.Dalam gambar xda taugeh...stok taugeh takda kat umh...
- Alihkan mee kuning dari kuali, jgn biarkan dlm kuali, air mee akan kering. Makan panas2 bersama lada jeruk,taburkan dgn daun bawang & bawang goreng.
- Lada jeruk : Potong lada menyerong. Dalam mangkuk masukkan lada. Masukkan juga cuka hingga menutupi lada. Masukkan garam & gula. Rasa ok ke tak...adjust ikut selera anda. Lada jeruk nih buat banyak pun takpa sbb boleh simpan dalam peti sejuk.
Saturday 5 July 2008
Bihun Goreng Singapore

Bahan:
1 bungkus bihun - direndam dulu
300g daging - dipotong kecil2
3-4 keping fish cake
sayuran campur - carrot, jangung dan kacang pis
3 sudu makan cuka
6 ulas bawang putih
1 sudu makan lada hitam / lada putih
2 biji tomato - potong nipis jika suka
garam dan gula secukupnya
cili api- potong nipis + kicap sebagai sos
Cara-cara
- lada hitam ditumbuk halus bersama dengan bawang putih
- panaskan minyak, goreng daging hingga lembut, bubuh air jika masih liat
- masukkan fish cake, dan goreng lagi. Kemudian masukkan lada dan bawng putih, goreng hingga naik bau, boleh di tambah sedikit air untuk melembutkan bihun nanti. Kemudian masukkan cuka
- Kemudian masukkan pula sayuran campur tadi, gaul sekejap. Masukkan gula dan garam
- Masukkan bihun, gaulkan hingga bihun masak
- Apabila bihun masak, tabur tomato, gaul sekejap dan tutup api. Saya tak bubuh tomato sebab anak dan hb tak suka
- Sedia dihidang bersama sos kicap (sambal kicap)
Tuesday 24 June 2008
Laksa Serawak

recipe by kak sherry@myresepi.com
buat separuh aduan (1 bungkus 200g pes laksa)-terima kasih kak, susah2 hantar pes utk kitaorg.Bahan-bahan ( 10 orang )
- 400gram pes laksa Sarawak Hj Manan (2 bungkus)
- 2 bungkus Bihun
- 500gram udang basah
- 3 ketul dada ayam
- 500ml santan pekat (1 tin santan cream)
- 8 biji telur ayam
- 1 kiub pati ayam maggi
- 2 sudu besar sos tiram
- Garam, gula & msg secukup rasa
- BAHAN TAMBAHAN
- 500gram tauge
- Daun ketumbar @ daun pudina (ikut suka)
- Limau kasturi @ lemon
- SAMBAL BELACAN
- 15 biji cili padi/cabai burung (klu nk pedas lg boleh tambah)
- Belacan Sarawak (@ lain2 negeripun boleh)
- Sedikit air perahan limau@lemon
- Garam & gula
Cara-cara
- Rebus dada ayam dalam periuk sehingga masak & empuk. Angkat & carik2.
- Dalam air rebusan yg sama masukkan udang. Jgn biar lama sangat. Angkat & toskan.
- Air rebusan jgn buang, terus masukkan pes laksa sarawak ke dalamnya.
- Tunggu sehingga mendidih, masukkan santan pekat.
- Masukkan bahan2 perasa seperti kiub pati ayam, sos tiram, garam, gula & msg. Biar mendidih seketika.
- Sementara itu celurkan bihun & taugeh.
- Goreng dadar telur. Kemudian gulung & hiris nipis2.
- Untuk sambal belacan. Tumbuk cili dan belacan. Tambahkan garam, gula & perahan limau@lemon.
- CARA2 MENGHIDANG LAKSA SWK
- Ambil sedkikit bihun. Letak tauge, ayam yg telah dicarik, telur dadar yg telah dipotong, udang, daun ketumbar/pudina & sambal belacan. Sendukkan kuah laksa swk yg masih panas. Perah limau/lemon. Sedia untuk dimakan ketika panas2.
REMPAH LAKSA SARAWAK (dikisar halus menjadi pes)
15 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
5 biji buah keras
18-20 tangkai cili kering, dibuang biji & direndam lembut
2 cm lengkuas
4 btg serai
11/2 cm kiub belacan
2biji bunga lawang,1btg kecil kayu manis (sedikit sahaja)
1/2 cawan kacang tanah, digoreng & ditumbuk
1/2 cawan bijan, digoreng tanpa minyak
Nota: Bahan kering seperti kacang tanah dan bijan hendaklah dikisar dengan pengisar serbuk (coffee grinder).
* tumis bhn tersebut semua di dalam minyak yg sederhana byk hingga menjadi pekat & kental - api sederhana
Sesudah menjadi pes,rebuskan pes dalam 3-4sudu besar bersamaan dgn 4gelas air,tanak sampai menjadi pekat,tapiskan & di ambil jus + 4gelas santan campuran agak2 lah,nak rasa pekat buh lah pekat,nak cair ckit buh air lg yer!
Jgn biarkan kuah td mendidih sendiri,kacau utk elak lemak santan terkeluar,api sederhana.
utk menyedapkan lg kuah,kulit udang di rebus ambil airnya buh dlm kuah td,gula,garam aji secukup rasa.
Monday 28 April 2008
Mee Goreng Daddy's Style

mee goreng ni utk M&D aje. anak2 byk sgt allergic nyer. dia org mkn yg lain la. actually daddy yg masak., mummy tolong kacau2 ajer & tolong makan. tia balik skolah jap lg kita nak kluar. mana lg kalau tak gi galway, gi athlone. heemmm..
Bahan
1 bungkus mee
2 biji telur
osyter sos
cili sos
bawang besar
bawang putih
kicap manis
lada hitam
minyak
sedikit air
Cara:
- daddy campak2 ajer semua bahan tu dlm wok. kacau2 rasa. sedappp...
Thursday 27 March 2008
Kuew Tiau Goreng

- 1 bungkus kue tiaw
- 1 senduk oyster sos
- 1 senduk cili sos
- 2 senduk kicap
- 5 ulas bawang putih-ketuk2
- 1 bawang besar-potong nipis
- 1 sudukecil gula
- 1 sudukecil serbuk lada putih
- 1/2 cwn ayam
- 1/2 cwn udang/kerang
- 2 biji cili merah-potong nipis
- sawi
- taugeh
- garam secukupnya
- 1 sendok minyak-utk menumis
- panaskan minyak.tumis bawang besar&bawang putih.masukkan ayam. osyter sos, kicap,sos cili, serbuk lada putih gula & garam.
- masukkan kerang, sawi taugeh & keuw tiau. rasa
Sunday 6 January 2008
Thursday 6 December 2007
Mee Kari

Cara:
- Panaskan minyak. tumis bahan kisar hingga perang. masukkan (serbuk kari + sedikit air). Tumis hingga tebit minyak. Masukkan kayu manis, bunga lawang. masak hingga naik bau.
- rebus kulit udang selama 10 min-blend dan tapis.
- masukan air udang yg ditapis kedalam periuk.
- masukkan ayam, 1 asam keping. masak lg
- tambah perasa. masukkan isi udang dan kerang (clam)
Monday 24 September 2007
KueyTeaw Goreng

recipe from bluetiffin.blogspot.com
Bahan-Bahannya:-
500 g kuey teow
300 g udang, dibersihkan
200 g kerang
150 g taugeh
1 cawan isi ayam*
1/2 camca teh serbuk lada sulah*
1/2 camca teh garam*(*disatukan dan perap 10 minit)
1 cekak kucai, cuci bersih dan kerat2
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 keping fishcake, dihiris halus
3 biji telur
2 camca makan cili kisar
Sedikit daun bawang, dipotong2
Bawang goreng, jika suka
Bahan Sos:*boleh tambah ikut citarasa
2 camca besar sos tiram
2 camca besar sos tomato
2 camca besar sos cili
2 camca besar kicap manis
3 - 4 camca besar kicap cair
Cara membuatnya:-
- Dalam kuali panaskan minyak dan goreng telur, hancur2kan dan tolak ke tepi. Masukkan daging ayam, udang, kerang (jika ada) dan fish cake, goreng sekejap dan tolak ke tepi kuali.
- Tuang sedikit lagi minyak, tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili dan goreng hingga garing, masukkan bahan2 sos dan gaul hingga rata bersama kesemua bahan yg ditolak ke tepi kuali tadi.
- Masukkan kuey teow dan gaul hingga rata. Masukkan kucai dan taugeh tadi, gaul hingga mesra. Rasa garamnya, jika kurang boleh ditambah lagi kicap cair. Bila masak, angkat dan taburkan bawang goreng dan hirisan daun bawang. Hidangkan bersama cili jeruk, hirisan timun dan tomato.
Monday 10 September 2007
Saturday 30 June 2007
Goma Tantan Men
recipe by hani @ ringo@myresepi
Sesame tantan mee. japanese style
Bahan-bahan ( 4 serving )
* Mee kuning - cukup untuk 4 serving
* 6 cawan air
* 1 ketul kiub ayam knorr
* a) bahan untuk sesame paste
* - 6 sb bijan putih
* - 3 sb syouyu (kicap jepun)
* - 2 sb gula
* - 2 sb ra-yu (minyak bijan pedas)
* - 1 sb halia cincang
* - 1 sb green onion cincang
* b) bahan untuk "gu"
* - 200gm beef mince
* - 100gm chicken mince
* - 1 sb tou-ban-jyan (boleh ganti dgn cili paste)
* - 2 sb syouyu(kicap jepun)
* - 4 sb ra-yu (minyak bijan pedas)
* - 3 sb minyak masak
* - 2 ulas bawang putih dicincang
* - 1 sb halia cincang
* - 3 sb green onion cincang
* c) bahan untuk hiasan
* - 3 sb bijan hitam
* - shiraga negi (fine strips of white part of long green onion, rinsed in water and drained)
* - mizuna (boleh guna sawi atau spinach yang dicelur)
- Untuk sup, didihkan air bersama kiub ayam.
- Kisar sesame sehingga halus dengan suri-bachi(seperti dlm gambar), campur syouyu dan gula dan kisar lagi sehingga menjadi paste. masukkan bahan lain di a) dan gaul.
- Panaskan minyak dalam chinese wok, goreng daging mince sampai lerai/peroi. Masukkan tou-ban-jyan, syouyu dan ra-yu.
- Masukkan garlic, ginger, green onion dan goreng sampai kering air. Ketepikan.
- Didihkan air dan celur mee beberapa minit sehingga masak.
- Dalam mangkuk besar, letak 1/4 bahagian goma paste, larutkan dengan 1/4 bahagian sup dan masukkan mee.
- Topping dengan "gu" dan bahan untuk garnish. tabur bijan hitam yang telah dipecahkan sedikit dengan lesung batu atau "suri-bachi"
- note: ra-yu ialah sejenis minyak bijan yang telah ditambah cili. banyak digunakan dalam chinese food. kalau tak ada ra-yu, bolehlah guna minyak bijan biasa dan tambah cili paste mengikut kepedasan yang disukai.
Thursday 7 June 2007
Homemade Kuew tiau
Saturday 19 May 2007
Homemade Mee Kuning


weekend project dengan Irma and tak ketinggalan Baby pun kene kerah. thanks baby tolong kita orang. Berjaya buat mee sendiri. cam tak caya la.
FRESH NOODLES
Recipe 1:
Ingredients :
6 cups plain flour
1 1/2 cups water
1 egg
1 tablespoon ash water/lye water (or edible lime water)
few drops of yellow coloring
Method :
1. Mix above ingredients into a mixing bowl. Knead for about 10 minutes. Dough should not be too soft.
2. Let dough rest for 1 hour.
3. Make into small balls. Roll flat and coat with flour.
4. Put into the pasta machine, the smooth part. Repeat trice.
5. Coat the thin piece into enough flour and put through the noodle cutter on the pasta machine.
6. Mix water with some salt and oil and bring to boil. Pour the noodles into the boiling water for about 5 minutes. Keep stirring to avoid noodles from sticking to each other.
7. Pour noodles into a strainer and wash with running tap water.
8. When cold, rub noodles with oil.
9. Ready to use.
Recipe 2:
500g tepung gandum
200ml air
1tbs air abu
garam
colouring
nb: next time will use recipe1 (better texture).
nb: also do not over cook the mee.
nb: do not put any salt in the dough as this will spoil the pasta machine because pasta machines cannot be washed.
Jom makan mee goreng.! Thanks Man.