Tuesday 24 June 2008

Laksa Serawak

DSCF5248 copy

recipe by kak sherry@myresepi.com

buat separuh aduan (1 bungkus 200g pes laksa)-terima kasih kak, susah2 hantar pes utk kitaorg.
Bahan-bahan ( 10 orang )
  • 400gram pes laksa Sarawak Hj Manan (2 bungkus)
  • 2 bungkus Bihun
  • 500gram udang basah
  • 3 ketul dada ayam
  • 500ml santan pekat (1 tin santan cream)
  • 8 biji telur ayam
  • 1 kiub pati ayam maggi
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam, gula & msg secukup rasa
  • BAHAN TAMBAHAN
  • 500gram tauge
  • Daun ketumbar @ daun pudina (ikut suka)
  • Limau kasturi @ lemon
  • SAMBAL BELACAN
  • 15 biji cili padi/cabai burung (klu nk pedas lg boleh tambah)
  • Belacan Sarawak (@ lain2 negeripun boleh)
  • Sedikit air perahan limau@lemon
  • Garam & gula

Cara-cara

  1. Rebus dada ayam dalam periuk sehingga masak & empuk. Angkat & carik2.
  2. Dalam air rebusan yg sama masukkan udang. Jgn biar lama sangat. Angkat & toskan.
  3. Air rebusan jgn buang, terus masukkan pes laksa sarawak ke dalamnya.
  4. Tunggu sehingga mendidih, masukkan santan pekat.
  5. Masukkan bahan2 perasa seperti kiub pati ayam, sos tiram, garam, gula & msg. Biar mendidih seketika.
  6. Sementara itu celurkan bihun & taugeh.
  7. Goreng dadar telur. Kemudian gulung & hiris nipis2.
  8. Untuk sambal belacan. Tumbuk cili dan belacan. Tambahkan garam, gula & perahan limau@lemon.
  9. CARA2 MENGHIDANG LAKSA SWK
  10. Ambil sedkikit bihun. Letak tauge, ayam yg telah dicarik, telur dadar yg telah dipotong, udang, daun ketumbar/pudina & sambal belacan. Sendukkan kuah laksa swk yg masih panas. Perah limau/lemon. Sedia untuk dimakan ketika panas2.
Homemade paste laksa by DAYANG

REMPAH LAKSA SARAWAK (dikisar halus menjadi pes)
15 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
5 biji buah keras
18-20 tangkai cili kering, dibuang biji & direndam lembut
2 cm lengkuas
4 btg serai
11/2 cm kiub belacan
2biji bunga lawang,1btg kecil kayu manis (sedikit sahaja)
1/2 cawan kacang tanah, digoreng & ditumbuk
1/2 cawan bijan, digoreng tanpa minyak
Nota: Bahan kering seperti kacang tanah dan bijan hendaklah dikisar dengan pengisar serbuk (coffee grinder).
* tumis bhn tersebut semua di dalam minyak yg sederhana byk hingga menjadi pekat & kental - api sederhana

Sesudah menjadi pes,rebuskan pes dalam 3-4sudu besar bersamaan dgn 4gelas air,tanak sampai menjadi pekat,tapiskan & di ambil jus + 4gelas santan campuran agak2 lah,nak rasa pekat buh lah pekat,nak cair ckit buh air lg yer!

Jgn biarkan kuah td mendidih sendiri,kacau utk elak lemak santan terkeluar,api sederhana.

utk menyedapkan lg kuah,kulit udang di rebus ambil airnya buh dlm kuah td,gula,garam aji secukup rasa.


5 comments:

mamafami said...

Aduhai gambar Jo ni bisa mengancam keamanan mata dan perut ma je! Macam tengok magazine... gambar magazine pun ada yang tak berapa cantik!

shima said...

betui kata mamafami tuh>>>
ikshhhh tgk gambooo makan kat sini mmg kalah magazine...
psst: kak JO pes laksa tuh kalu i nk order fr kak Dyang agak2 leh sampai kerrr UK tanpa merubah kaler ke hijau or biru2an?? tingin nk mkn laksa sarawak tuh tp x bape nk rajin wat pes sendiri...

jo ayee said...

MAMA---terima kasih..ada masanya nak rajin amik gambar..gaknya semua org samakan..:)

SHIMA-- shima pun sama..rajin gak mengedit..BTW itu pes dari uk..k.pah yg kasi..tapi dayang ada taruk homemade recipe...jo pun try nanti

Anonymous said...

Asm Tuan Rumah

Saya pernah try resepi paste dayang ni. Kawan saya dari sarawak kata saya kena tambah 5 spice dan corriander lebih sikit. So bila second time buat saya tambah serbuk 5 spice dan serbuk corriander, sangai (goreng tanpa minyak sampai wangi),tumis sekali dengan bahan2 lain. Buah keras mmg wajib ada. So far dah 3-4 kali buat ok, tapi takde lah sama dengan paste dah siap dari sarawak, resepi rahsia kata orang.
BTW saya suka tengok gambar dan masakan kat blog ni, cantik dan menyelerakan.

jo ayee said...

salam Anonymous..nama apa yer..:)
tq.tq. for sharing ...rempah readymade tu, kawan yg kasi...kalau tak tak der la..mesti kene buat sendiri..ok..pas ni boleh try your style pulak...thanks again