Friday 27 June 2008

Rendang Mussel

DSCF5330 copy

ref: redang kerang @hanieliza fp .

original recipe below:
terima kasih kak hanie 4 sharing. :)
RENDANG KERANG

Bahan

1 kg kerang [rebus dan ambil isi]- ganti dgn mussels
1 biji kelapa [2 cawan santan pekat]
2 s/b kerisik
daun limau purut
daun kunyit [jika suka]
garam
gula
minyak

Bahan mesin
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
3 sm lengkuas
3 sm halia
2 sm kunyit hidup

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak
2. Masukkan santan, kerisek, daun limau dan daun kunyit.
3. Kacau sekali sekala dan biarkan sampai naik minyak dan pekat dan agak kering.
5. Masukkan isi kerang. Rasakan garam dan masukkan sedikit gula.
6. Masakkan sekejap dan biarkan sampai naik minyak . Jangan terlalu lama nanti kerang akan liat.
7. Angkat dan hidangkan.

note: mussel 1 kg..rebus 5 min, asingkan isi...dapatnyer sejemput aje..

2 comments:

rinnchan said...

Wakakaaaa...dapat sejemput jer dari se kilo..!!???
Sejemput pun sejemput laaa..janji sedap bila dah direndang !!!

shima said...

sedapnyerr nampak rendang ni!!
ikshh kalau mkn ngan nasi x pandang dah lauk len...harus bertambah pinggan!