Sunday 17 August 2008

Happy Birthday Adik & Kakak

Collage15 copy


Spiderman Cake:
Fondant-Italian Buttercream-Kek Marble Susu:

Kek Marble Susu by NORZAILINA NORDIN: copy & paste from CMG

Bahan-Bahannya :
250 g mentega (nak sedap guna mentega berkualiti tinggi)
230 g gula halus
2 camca teh ovallate
4 biji telur gred A
270 g tepung halus*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
60 g susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
2 camca besar susu cair
1 camca teh coklat emulco

Cara membuatnya :-)

1. Pukul mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Masukkan susu pekat dan gaul rata.
2. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
3. Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak. Kemudian buat beberapa pusingan dengan menggunakan chopstick.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan hias ikut suka..
with help from daddy

Butterfly Cake:
Eggless Choc Cake -Butterscotch Frosting:


this one from AIN, ALONG, Siti

Butterscotch Frosting:
75g butter-guna soy butter
45ml milk-guna soy milk
25g soft light brown sugar
15ml black treacle
350ml icing sugar sifted
  • satukan butter, milk, sugar,treacle. masak guna double boiler. sambil dikacau hinga gula hancur. tutup api.
  • masukkan icing sugar,kacau dgn spatula hingga sebati dan licin. terus curah atas kek.
Italian icing: ( buat half pun dah terlebih2 byk)
334ml putih telur
500gm caster sugar
1kg butter
  • masukkan putih telur + gula . masak dlm double boiler- suam2 kuku. kalau panas sgt telur masak nanti. sambil dikacau hinggga gula hancur dah pekat.
  • sejukkan sekejap.
  • pukul butter 5 min, masukkan campuran telur+gula, pukul lagi hingga gebu

3 comments:

Jun said...

Happy birthday to both ya..kira on behalf la Jo..gotong royong deco kek tu..hehhe

ummi said...

Jo, happy belated birthday to Akak n adik!! Wah cantiknya deco kek, patut lah lama menyepi..buat projek ek..ish ish rajinnya daddy pun tolong..!! Jo, cantik aar dua2 kek pun!!

CikMin said...

salam..hepi besday utk athia & adik..moga jd ank2 yg soleh dan soleha...