Sunday 30 November 2008

Chocolate Mousse Birthday Cake

DSC_3445 copy


Resepi C&P from Intan
Bahan: (18cm)

Span:
45g butter
65g gula halus
1 biji telur
50g tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar serbuk koko
-utk cake diatas buat double

Mousse:
140g coklat masakan

1 sudu besar gelatin
100ml air
2 biji telur putih
200g whipping cream

Cara:
Span:
- pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.
- kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.
- ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.
- masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.
- bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.

Mousse:
- masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.
- cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).
- bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.
- pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.
- dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.
- masukkan Whipping cream dan Gelatine ke dalam Coklat cair. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
- tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.
- sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse.

DSC_3432


Decoration:

Bahan:
400ml whipped cream
1/3 cwn gula icing
Strawberry & mandarin dalam can
Cara:
Pukul cream & gula sampai berkrim. sapukan atas cake, dan susun dgn buahan.

DSC_3531

Collage20

4 comments:

noor said...

Jo...hehe dah update resepi tu n corret error dah.Tq
Entry nie mengoda jiwa raga sebab coklat kat tengah tu.Tulisan tu guna white choc atau royal icing.Happy birthday to ur princess.

Isha said...

wow the cake is so pretty like ur princess. happy blated bday to her :)

jo ayee said...

isha & noor..itu doter of a fren..& her mom asked me to make a cake for her..she is a really cute one.

jo ayee said...

noor..jo guna white choc yg dicairkan