Saturday 21 April 2007

Kuah Yong Tau Foo

Bahan-bahan:
SUP YONG TAU FOO
3 liter air
1 kiub pati ikan bilis
2 camb stok pekat ayam
2 cm halia, diketuk
5 ulas bawang putih, diketuk
garam secukupnya
1 camt gula pasir
Cara-cara:
Jerang semua bahan di dalam periuk. Bila mendidih, perlahankan api dan renihkan selama 1 jam. Tapis air rebusan dan gunakan sebagai sup

SOS YONG TAU FOO
560ml air
1 kiub stok bilis
1 camb kicap pekat/hitam
2 camb sos kacang hitam
1 camb sos hoisin
2 camb gula pasir
1/8 camt serbuk rempah lima
garam secukupnya
3 camb air, dicampur 1½ camt tepung jagung
Cara-cara:
Jerang air, stok bilis, kicap pekat, sos kacang hitam, sos hoisin, gula pasir dan serbuk rempah lima di atas api perlahan. Kacau hingga mendidih, masukkan campuran tepung masak. Kacau tanpa henti selama 2-3 minit lagi atau hingga pekat


SOS CILI YONG TAU FU
8 biji cili merah, dibuang biji
2 camt bijan goreng/bakar
100ml cuka
2 camb sos plam
3 camb gula
garam secukupnya

Cara-cara:
Kisar cili dan bijan hingga halus. Jerang cuka di atas api perlahan. Masukkan bahan kisar dan semua bahan lain, ketepikan dari api, biar sejuk

Note: original recipe from jiwang if not mistaken. Buat sos hitam aje. tapi instead of pati ikan bilis i add petis udang. also add extra sugar. taste 95% ori. Goes well with rice roll. Kids love it.

1 comment:

nobody said...

err .. nak tanyer .. aper tuh sos Hoisin ? mana nak beli ?