Monday 19 November 2007

Gulai Telor Itik

gulai telor itik copyrz

resepi by noreen
Bahan-bahan ( 2 orang )
5 biji telur itik
450ml santan pekat
1-2 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
* 5 ulas bawang merah
* 1cm kunyit hidup
* 1 batang serai
*1 biji cili merah
* 1 biji cili hijau
Kalau ada belimbing buluh pun boleh letakkan juga

  • Blend semua bahan2 bertanda (*)
  • Masukkan santan, asam keping, bahan2 kisar, garam dan gula dalam periuk
  • Jerangkan di atas api yang perlahan sambil dikacau sentiasa supaya tidak pecah minyak
  • Bila santan hampir2 mengelegak pecahkan telur sebiji2 sambil dikacau perlahan2
  • Jangan masak terlalu lama nanti telur jadi keras tak berapa sedap
  • Sedia dihidangkan

3 comments:

Rozie said...

jo...beli kt ner telur itik???

jo ayee said...

kat tesco ada..beli 12 biji. separuh buat telur masin.tak sabar dah ni.nak makan ngan nasi kerabu

kak said...

Aduhhh Jo..sejuk2 camni.. meleleh dah ayor liur...