Monday 5 November 2007

Nasi Dagang n Gulai Ikan

DSCF7053 copyrz

rating: 5/5 adapted from noormasri:
Nasi dagang
4 cawan beras basmati

1 1/2 cawan beras pulut
1 1/2 tin santan
3 ulas bawang merah - dimayang halus
2 cm halia - dimayang halus
1 sudu besar halba
1 sudu besar garam (paras rata)

cara:
  • Beras dibersih dan direndam dengan air semalaman sebelum dikukus
  • Letak pengukus atas dapur dan masukkan air
  • Sementara itu, campurkan santan pekat dengan garam . Kacau hingga hancur garam tersebut.
  • Bila air di dalam pengukus menggelegak, masukkan beras ke dalam pengukus dan kukus sehingga separuh masak
  • Bila separuh masak, angkat nasi kemudian masukkan ke dalam bekas yg besar lalu siramkan 1/2 santan dan kacau hingga rata.
  • Kemudian masuk balik ke dalam pengukus, kukus sekali lagi hingga masak.
  • Bila masak, sekali lagi angkat masukkan ke dalam bekas besar tadi lalu siram dan gaulkan nasi dengan lebihan , halba, halia dan bawang yang dimayang tadi.
  • Kacau sehingga rata dan sebati . Sedia untuk dihidangkan
Gulai Ikan

5 ekor ikan mackerel-bersihkan, potong 4, rebus ikan dgn asam & garam
1/2 tin santan

bahan kisar:
4 ulas bawang merah
6 hiris lengkuas
1 hiris halia
1 sudu besar cili boh-optional

1 keping asam gelugor
garam secukup rasa
1 sudu kecil kunyit

1/2 batang timun potong wedges-optional
2 biji cili besar belah 2-optional

Cara:
  • masukkan ikan yg dipotong kecil dalam periuk, masukkan 1 cawan air atau air paras separuh tengelam ikan. masukkan 6 keping asam gelugor & 2 sudu besar garam. tutup periuk, masak selama 20-30min. kalau kering tambah sedikit air.masak sampai air hampir kering. ketepikan-
  • masukkan bahan kisar dlm hand blender, kisar sampai hancur
  • masukkan bahan kisar, santan, cili boh,kunyit, asam gelugor dalam periuk. masak dgn api sederhana selama 10 min.
  • masukkan timun, cili besar, tomato. masakkan lagi 10 min.
  • masukkan garam.
  • untuk menghidang, masukkan ikan rebus dalam mangkuk, siram ikan dengan kuah gulai.

2 comments:

Mat Gebu said...

s3dapnyaaaa!!!!..dah leer masa tgk nie cuaca mendung dan hujan renyai2..terus mcm terseksa jiwa pakcik..ahakss!!!!

Aidan's Mama & Papa said...

my absolute favourite!!!

Z