Thursday 29 January 2009

Udang Masam Manis

Resepi C&P dari CMG:

BAHAN-BAHANNYA :-)

500 g udang galah
1 biji bawang besar dipotong bulat
2 ulas bawang putih, dititik
1 camca besar cili kisar
1/2 cawan sos cili thai
2 camca besar sos tomato
1 camca besar sos tiram
1/2 cawan air
1 camca besar kicap cair

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dibuang kotoran dikepala, cuci bersih, gaul kunyit dan sedikit garam, goreng hingga kemerahan, angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cili kisar hingga garing, masukkan sos cili thai, sos tomato, sos tiram, gaul rata. Tuang air dan masak hingga mendidih.
  3. Masukkan udang dan kicap cair, gaul rata dan masak dengan api kecil hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh dialihkan ke dalam bekas sesuai. Hias dengan hirisan daun sup sebelum dihidangkan.

4 comments:

iu @ wid.ayu said...

tak buleh tahann.. kena cri udang nihhh...

jo ayee said...

k.jo beli 4 ekor jer..timgabng dah 8 euro..tapi makan 2 ekor dah muak..entah le..kalau mkn seafood ni k.jo senang muak kot..hehe

iu @ wid.ayu said...

ai..knper muak ye.. kitorg plg suke makan seafood.. tp seafood kat cni paling mhl..hehe.. td de nampak gak kt kedai de udang galah.. sekilo 14euro..isk.. kne tunggu awal bulan.. duit masuk..heee..

4 ekor tu besaq ke.. knp da 8 euro.. mahal tuuu..;p

jo ayee said...

besar iu..panjang sejengkal sekor..