Sunday 30 November 2008

Chocolate Mousse Birthday Cake

DSC_3445 copy


Resepi C&P from Intan
Bahan: (18cm)

Span:
45g butter
65g gula halus
1 biji telur
50g tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar serbuk koko
-utk cake diatas buat double

Mousse:
140g coklat masakan

1 sudu besar gelatin
100ml air
2 biji telur putih
200g whipping cream

Cara:
Span:
- pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.
- kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.
- ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.
- masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.
- bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.

Mousse:
- masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.
- cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).
- bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.
- pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.
- dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.
- masukkan Whipping cream dan Gelatine ke dalam Coklat cair. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
- tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.
- sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse.

DSC_3432


Decoration:

Bahan:
400ml whipped cream
1/3 cwn gula icing
Strawberry & mandarin dalam can
Cara:
Pukul cream & gula sampai berkrim. sapukan atas cake, dan susun dgn buahan.

DSC_3531

Collage20

Friday 21 November 2008

Peach Tart


resepi sama dgn pear tart.



Thursday 20 November 2008

Vegan Scones

scone
Bahan:
8 oz tepung naik sendiri
1 tsp baking powder
2 oz soya butter
1 oz gula
150 ml susu soya
1/2 cwn tepung naik sendiri - utk mencanai
Cara:
Panaskn oven 200-220 deg C. ayak tepung + baking powder dlm bekas besar. masukkan butter, gaul dgn jari serata. masukkan gula. dan susu soya. kacau dgn sudu hingga sebati - doh lembik dan melekit. tabur 1/2 cwn atas meja. tuangkkan doh tadi atas tepung, biarkan bersalut tepung, gelek 1", sambil tabur tepung. terap bulat2. susun atas tray yg bergris & ditabur sikit tepung. bakar selama 10min. atau atas hampir perang. jgn lebih masak nanti keras & kering

Monday 17 November 2008

Pizza

pizza
pizza1

recipe here

Saturday 15 November 2008

Alsaciene Apple Tart


Bahan:
Sweet Pastry:

Apple: kupas, belah 2, potong nipis

Filling: Campurkan semua bahan dibawah kacau hingga sebati dan tak berketul.
1/2 cwn susu
1 sk tepung gandum
1 sk tepung jagung
1 telur
1 sk vanilla esen

Dusting:
1 sb gula ising
1 sk serbuk kayu manis


Cara:
Sediakan sweet pastry yg telah di masak. susun apple. tuang filling. bakar @180 degC selama 30m atau hingga masak.

note: 5/10 tak suka sgt filling cam ni :(

Pear Tart

pear tart

Frangipan Filling:
100g butter
90g serbuk badam -ground almond
2 biji telur - 1 biji buang putih
30gm tepung gandum
80gm gula
2 sb apricot jam

Cara:
Pukul butter sampai lembut, masukkan telur, pukul lagi, masukkan gandum & serbuk badam, pukul sampai sebati.
Ratakan atas sweet pastry yg telah masak. susun pear. bakar @ 180degC 40 min atau hingga masak. Panaskan apricot jam dlm microwave hingga cair , sapu atas tart

full recipe click here

note: 10/10

Thursday 13 November 2008

Apple Sauce

Bahan:
1.5kg cooking apple
1 cwn air
1/4 cwn dark brown sugar
1/4 cwn gula pasir
kayu manis
1/2 sk garam

Cara:
Apple kupas kulit, belah 4 buang biji. rendam dlm air sekejap.
sejat air.masukkan semua bahan dlm kuali besar. masak dg api sederhana hingga lembut

Monday 10 November 2008

Burritos

Buritos

Beli OldelPaso burritos dinner kit. ikut jer instruction given. memang dah mati kutu, tak tahu nak masak apa. tapikan, tak la sedap sangat. janji perut tak kosong.

Baked Potato with Cheese & Mushroom


Bahan:
Potato
Cheese
1 tin sliced button mushroom
pepper
salt

Cara:
Basuh potato. cucuk2 kasi lubang. bungkus dgn aluminum foil. bakar dlm oven hinga masak @ 200degC.
bila masak. belah, taburkan dgn cheese, mushroom, pepper & salt.

Friday 7 November 2008

The Making of Ketupat Palas

making of ketupat palas

note: ingat2 lupa cara arwah nenek buat ketupat.

Bahan:
2 kg beras pulut - rendam 6 jam
2 tin santan - 800ml
1 sb rata garam
daun palas secukupnya

Cara:
  • kukus pulut separuh masak (-+ 10min). masukkan pulut yg separuh masak dlm bekas besar. masukkan 1 tin santan yg dicampur dgn garam. kacau serata. biarkan 10 min.
  • kukus lagi beras tadi hingga masak. masukkan pulut yg dah masak dlm bekas besar. masukkan lebihan santan. biarkan hingga suam. dan boleh bungkus.
  • bila semua siap di bungkus. kukus lagi ketupat tadi selama 30 min.
  • siap untuk dihidang atau simpan dalam freezer.

Wednesday 5 November 2008

Pisang Goreng

pisanggoreng

Bahan:
1 cwn tepung beras
1/3 cwn tepung naik sendiri
1 sk garam
3/4 cwn air sejuk
2 sb tepung jagung
serbuk kunyit

Cara:
  • masukkan semua bahan dlm mangkuk besar, kacau dengan garpu. panaskkan minyak. celup pisang dalam bancuhan tepung. masak pisang hingga perang.



Plantain

Tuesday 4 November 2008

Lyn's Famous Featherlike Spongecake


recipe source : Jun@yummylicious & Vin@vg

Bahan:
4 biji telur-asingkan putih & kuning
3/4 cawan gula
3/4 cawan tepung jagung-ayak
1/2 cawan tepung kastad-ayak
1 sudu teh cream of tartar-ayak
1/2 sudu teh soda bikarbonat-ayak
secubit garam-ayak
Cara:
pukul putih telur hingga kental. masukkan gula n pukul lagi. masukkan kuning telur, pukul lagi selama 5 min. kaup balik bahan2 kering yg diayak n masukkan kedalam 2 loyang size 8x8. atau satu loyang yg size besar bakar pada 180'c selama 25min.

note: rasa lebih kurang bahulu.tapi tersangat la ringan .sedap & sesuai utk layerkan dgn cream&fresh fruit. rasanya atok nenek suka kot kalau cicah air kopi...kalau nak makan saja2 kering & lekat kat tekak..tapi sedap la jugak.

Collage16