Thursday 18 September 2008

Kuih Kasturi

terima kasih KAK UMMI

Bahan:-
300 gm kacang hijau (+- RM1.00) - rendam +- 2 jam
800 ml air
2 1/4 cawan tepung gandum - (nxt time kurangkan jadi 1 1/2 cwn)
1/3 cawan kelapa parut muda
1/3 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 sudu kecil garam

Cara Memasak:-
Basuh kacang hijau, masukkan air dalam peiuk dan rebuskan kacang hijau hingga lembut dan kembang. Bila telah benar2 kembang, masukkan gula merah dan gula pasir, kacau biar agak pekat/kering. Masukkan garam. Tutup api dan masukkan kelapa parut muda. Kacau sebati, biarkan suam sebentar. Masukkan tepung dan adun sebati. Tuangkan ke dalam loyang dan tekan2 biar padat setebal 1cm. Sejukkan dalam fridge. Bila telah sejuk dan keras, tekap dengan acuan bulat (*ummi guna permukaan gelas). Letak atas loyang yang ditabur sedikit tepung dan tekan/leperkan sikit. Buat hingga habis.

Untuk Bancuhan Menggoreng:-
2/3 cawan tepung gandum
1/3 cawan tepung beras
2 sudu besar air kapur
3/4 cawan air
garam
sedikit serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng

Bancuh sebati semua bahan di atas seperti adunan menggoreng pisang. Celupkan tepung kacang hijau yang dibentuk tadi dan goreng dengan api sederhana. Balik2kan selalu. Bila kekuningan bolehlah diangkat.

Wednesday 17 September 2008

Ikan Percik Kelantan


rasa: lemak-lemak manis

Bahan:
  • 7 ekor ikan
  • 450ml santan(1 tin)
  • 1 asam keping
  • 1 sudu besar gula ( kelatan style mesti manis :)
  • 1 sudu besar rata garam
  • 1 sb minyak
  • 1/2 sk halba-kalau suka
  • @1 bawang besar ( 6 biji bawang merah)
  • @3 ulas bawang putih
  • @4 potong lengkuas (potongan nipis)
  • @1 batang serai
  • @kunyit serbuk

Cara-cara

  1. Ikan di bersih, kelar badan, perap dengan sedikit garam+ kunyit s
  2. Blend kan bahan@
  3. masukkan semua bahan kedalam periuh yang berisi santan. masak hingga pekat dan keluar minyak. ( sebab guna santan tin, minyak tak berapa kluar, jd bila dah kering taruk 1 sb minyak masak )
  4. masuk gula dan garam & rasa,
  5. bakar ikan.
  6. selepas separuh masak. di sapu dengan sos percik tadi..Ulang proses hingga masak.

Tuesday 16 September 2008

Karipap Pusing Sedap

karipap pusing

ref: lynn @myresepi

make 32 biji dan sedap 10/10

*Doh berminyak* :
40gm veg fat-(crisp n dry)
40gm margerin( stoke)
150gm tepung gandum

*Doh biasa* :
350gm tepung gandum
1 cwn air suam
1 sk garam

Cara:
  • gaul *Doh berminyak* sampai lembut & berminyak, bahagi 4 biji, bulat2kan
  • gaul *Doh biasa* sampai lembut dan licin. juga bahagi 4 biji, bulat2kan
  • bungkus *Doh berminyak* dgn *Doh biasa* cam dlm gambar. buat sampai habis.
  • leperkan dan canai sampai nipis, bahagi 2. dan gulung.dapat 2 gulung.
  • canaikan lagi, dan gulung lagi. dan potong 4.
  • ambil 1 potong, canai nipis, isikan dgn inti dan kelim.

step-by-step
karipap pusing copy

Monday 15 September 2008

OREO CHEESECAKE

oreo cheesecake

Resepi dari Joyce (Jthorge) C&P dari K.Ummi. THANK YOU

Bahan base:
30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus
1/4 cawan butter - cairkan

Bahan Filling:
16 oz (2 cawan) cream cheese - lembutkan
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream- guna plain yogurt
2 biji telor
1 cawan oreo yang dicincang halus

Cara:

Base :- gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.

Filling:- Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati. Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata. Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.

note: Buat 1/2 portion : tin size 7". cooking time 30 min

Saturday 13 September 2008

Karipap Pusing

DSCF7216 copy

note: 8/10

Doh Karipap:
resepi doh by k.liza
make 30 biji
Bahan kulit A
350 gm tepung gandum
1 cawan air suam - lebik kurang
1 sk garam

Bahan kulit B:
150 gm tepung gandum
1 sk vegetable fat/ shortening
majerin ikut lembut - guna minyak

Cara
  • Gaulkan dan uli bahan A sehingga kental dan tidak melekat ditangan. Bahagikan kepada bebola kecil. Ketepikan.
  • Gaul dan ulikan bahan B sehingga menjadi ketul yg lembut. Bahagikan juga kepada bebola kecil juga.
  • Ambil bebola A dan leperkan. Ambil bebola B dan masukkan kedalam bebola A. dan ulangkan sampai semua bebola habis.
  • Canai dan leperkan secara memanjang bebola tadi. Gulungkan adunan saperti gulungan tikar. Canai dan leperkan sekali lagi. Gulungkan sekali lagi. Buat kesemua bebola sehingga habis.
  • Ambil satu gulungan dan hiris setebal 1/2 inci dan canai supaya leper tetapi dalam bentuk bujur.
  • Masukkan inti di tengah dan tutupkan semula. Kemaskan dengan kelim dengan kemas. Tekan kuat sikit dengan hunujg jari supaya tidak mudah terbuka bila digoreng. Buat sehingga adunan habis.
  • Panaskan minyak yg banyak dan gorengkan dengan api yg sederhana. Bila nampak kuning keemasan boleh angkat dan hidangkan.

Inti Karipap Sedap

utk 60 biji karipap

Bahan:
600gm potato - potong dadu
150gm carrot - potong dadu
500gm bawang besar- potong dadu
3/4 cwn daging - potong halus
3/4 cwn minyak
3 sb rempah kari
1 sb bawang putih kisar
2 sb gula
1 1/2 sb garam
1 asam keping
  • dlm kuali , panaskan minyak. masukkan potato & carrot. masak sampai lembut ,angkat. ketepikan.
  • kuali yg sama, masukkan bawang & bawang putih. masak sampai wangi & lembut. masukkan rempah kari. daun kari jika ada. dan masukkan daging. kacau kekejap. masukkan potato & carrot. kacau lagi.
  • masukkan gula & garam & asam keping. bila dah rasa. tutup api. sejukkan

Thursday 11 September 2008

Beryani

DSCF7195 copy