Wednesday 8 August 2007

Ketam Masak Lemak Telur


  • 1 kg ketam
  • 2 cwn air(secukupnya)
  • 1 tin santan
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 asam keping
  • 2 biji telur
  • garam
  • ajinomoto
bahan kisar:
  • 4 biji cili api
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • kunyit
cara-cara:
  1. bersihkan ketam ( jgn potong, masak sekor2 lagi terasa ketam kuahnya)
  2. masukkan bahan kisar & air dlm periuk
  3. masukkan ketam, masak hingga separuh masak.
  4. masukkan santan, asam keping, daun limau purut
  5. pecahkan telur, biarkan 10 sec, then kacau telur perlahan2.
  6. masukkan garam & perasa.
  7. hidang panas2. kalau ketam besar sgt, potong 2 masa nak hidang.

2 comments:

Isha said...

nampak sedap je, lama dah x makan ketam

jo ayee said...

jom la masak ketam..i guna ketam yg besar, kulit keras aje..yg jual kat tesco..:)