Monday 22 December 2008

Kerabu Seafood + Mangga

ubah suai dari resepi kerabu udang KakPah:

Bahan-bahan:

250 gram udang basah- (udang+sotong)
2 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar
1 biji tomato
1 batang serai-tak taruk
2 biji cili merah/hijau
5-10 biji cili padi
2 sudu besar sos ikan
1 biji lemon
5 tangkai daun ketumbar
Gula melaka/gula apong (gula Sarawak)-(tak taruk sbb mangga dah manis)
Garam

Cara-cara:
Kupas kulit udang, buang urat belakang, kemudian celur dengan air panas. Kemudian potong udang ikut suka (samada nak potong kecil2 @ agak kasar). Lepas itu toskan. Mayang bawang merah, bawang besar, serai, cili merah/hijau. Cili padi dihiris kasar atau diketuk sedikit (kalau nk hiris nipispun boleh). Tomato di hiris dadu. Daun ketumbar dicincang kasar. Larutkan gula melaka/gula apong dgn sedikit air. Perah lemon menjadi jus.

Gaulkan kesemua bahan2 tadi dengan udang hingga sekata. Masukkan garam. Sesuaikan rasa masam, manis & masinnya. Boleh disimpan dalam peti sejuk jika suka.



Saturday 20 December 2008

Rendang Perak

rendangperakpedas

resepi dari kakpah:

Bahan-bahan:
1 kg daging/ayam
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3-5 sudu besar cili boh (cili kering yg telah diblender)
2 inci lengkuas
4 inci halia
5 batang serai
1 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
2 sudu besar kerisik
2 sudu makan serbuk kari daging
3 helai daun kunyit
400ml santan pekat (sebiji kelapa)
Sedikit kiub pati ayam maggi
Garam, & gula


Cara-cara membuatnya:
Potong daging ikut suka. Semua bahan-bahan seperti bawang merah & putih, lengkuas, halia, serai dikisar. Ketumbar, jintan putih & manis dikisar kering. Daun kunyit dihiris halus.

Tumis semua bahan-bahan hingga naik bau. Masukkan rempah kari dan kerisik. Masukkan daging/ayam, biar airnya agak kering sedikit. Selepas itu masukkan santan pekat. Kecilkan api dan balik-balikkan ayam sekerap yg mungkin (takut hangus dibawahnya). Bila agak separuh masak, baru masukkan daun kunyit. Selepas itu masukkan bahan-bahan perasa seperti kiub pati ayam, garam dan gula.

Tunggu sehingga kuah pekat dan daging/ayam empuk. Boleh dihidangkan dengan nasi putih, nasi minyak, lemang atau ketupat.

Friday 5 December 2008

cuti cuti UK

yeaa..lama tak masuk kitchen ni..jumpa lagi in 1-2 weeks. happy cooking to everyone &
**SELAMAT HARI RAYA AIDIL-ADHA**

Thursday 4 December 2008

Strawberry Cheesecake - for Nat's 5th Birthday

DSC_3672rz

recipe sama dgn cheesecake biasa yg dah buat..cuma taruk strawberry flavouring. hias dgn whipped cream & buah. untuk chocolate writing, panaskan cooking choc dlm microwave, tuang atas greaseproof paper, sambil bentukkan bulat dgn sudu. sejukkan. bila dah sejuk. caiarkan white cooking choc, utk tulisan.

tasyabdaycake