resepi dari kakpah:
Bahan-bahan:
1 kg daging/ayam
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3-5 sudu besar cili boh (cili kering yg telah diblender)
2 inci lengkuas
4 inci halia
5 batang serai
1 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
2 sudu besar kerisik
2 sudu makan serbuk kari daging
3 helai daun kunyit
400ml santan pekat (sebiji kelapa)
Sedikit kiub pati ayam maggi
Garam, & gula
Cara-cara membuatnya:
Potong daging ikut suka. Semua bahan-bahan seperti bawang merah & putih, lengkuas, halia, serai dikisar. Ketumbar, jintan putih & manis dikisar kering. Daun kunyit dihiris halus.
Tumis semua bahan-bahan hingga naik bau. Masukkan rempah kari dan kerisik. Masukkan daging/ayam, biar airnya agak kering sedikit. Selepas itu masukkan santan pekat. Kecilkan api dan balik-balikkan ayam sekerap yg mungkin (takut hangus dibawahnya). Bila agak separuh masak, baru masukkan daun kunyit. Selepas itu masukkan bahan-bahan perasa seperti kiub pati ayam, garam dan gula.
Tunggu sehingga kuah pekat dan daging/ayam empuk. Boleh dihidangkan dengan nasi putih, nasi minyak, lemang atau ketupat.
3 comments:
nampak sedap sangat rendang tu. nanti nak buat jugak la...
btw, Jo, makcik dah jatuh cinta dengan tableware u tu. apa nama brand dia. cantik!!!! bunga dia amat menawan hati. ahahaha
kak hani..ala yg murah jer..johnson Bros
heheh macam kenal jah mangkuk tu..hubby ann memang berkenea hok ni la.tp dia tok beli..balk rumah nyesal pulak..nak kena gi lagi la
Post a Comment