Saturday 31 January 2009
Thursday 29 January 2009
Simple Pakistani Lamb Curry

Bahan:
600gm lamb
1 tin chopped tomato
1/2 cwn daun ketumbar cincang
1 labu besar bawang besar-potong dadu
3 ulas bawang putih*-tumbuk
3 hiris halia-tumbuk*
1 sb jintan manis*-tumbuk (atau guna yg serbuk)
1 sb biji ketumbar*-tumbuk(atau guna yg serbuk)
1 sb garam masala*-optinal
5 biji cili hijau-optional
1/4 cwn minyak masak
1 sb ghee-optional
garam
Cara:
- masukkan daun ketumbar dan tomato dalam blender, kisar hingga hancur.ketepikan
- panaskan minyak, tumis bawang besar hingga lembut. masukkan bahan *. tumis hingga wangi.
- masukkan kambing. biarkan 2 min. dan masukkan daun ketumbar dan toamto yga dikisar.
- masukkan cili hijau ikut kepedasan. perlahankan api. masak hinggau daging lembut. sekali sekala kacau megelakkan hangit.
- masukkan kentang . masukkan perasa.
Udang Masam Manis
BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g udang galah
1 biji bawang besar dipotong bulat
2 ulas bawang putih, dititik
1 camca besar cili kisar
1/2 cawan sos cili thai
2 camca besar sos tomato
1 camca besar sos tiram
1/2 cawan air
1 camca besar kicap cair
CARA MEMBUATNYA :-)
- Udang dibuang kotoran dikepala, cuci bersih, gaul kunyit dan sedikit garam, goreng hingga kemerahan, angkat dan toskan.
- Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cili kisar hingga garing, masukkan sos cili thai, sos tomato, sos tiram, gaul rata. Tuang air dan masak hingga mendidih.
- Masukkan udang dan kicap cair, gaul rata dan masak dengan api kecil hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh dialihkan ke dalam bekas sesuai. Hias dengan hirisan daun sup sebelum dihidangkan.
Razor Clam Masak Tumis Serai
Monday 26 January 2009
Cookie Dough Cheesecake

Resepi dah ada kat previous entry, click here
cuma kali ni utk base guna biskut digestive , dan utk filling double sukatan sebab guna acuan yg besar.
Sunday 11 January 2009
Swiss Roll

resepi dari Apek + MakLang + Ain....terima kasih..terima kasih..5* to this recipe
Bahan-bahan
6 biji telur gred A @ B
4oz gula castor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu bsr ovelet
3oz tepung gandum
1 sudu bsr susu tepung
4oz mentega cair
sedikit coklat emulco
jem strawberri secukupnya
Cara:
- Telur,gula,ovelet,baking powder,esen vanilla,tepung gandum dan susu tpg msk dlm bekas dan dipukul dgn kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
- Adunan dah gebu akan jadi camni
- Masukkan mentega cair,kemudian kacau rata ngan sudit kayu
- Asingkan sedikit adunan tadi (skit je setakat nak buat line) ke dalam bekas lain,kemudian masukkan coklat emulco.Kacau rata kemudian masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag
- Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya[/b]
- Paipkan adunan coklat td di atas adunan yg diratakan dlm loyang
- Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi dari atas ke bawah
- Bakar dlm oven selama 20 minit dgn suhu 170darjah celcius.
- Apabila kek sudah masak dan sudah betui2 sejuk, terbalikkan ke atas sekeping kertas kemudian sapukan jem sehingga rata....tolong jgn sapu kuat2
- Setelah jem disapu rata,gulung kek tadi perlahan2 sehingga kemas. Dah gulung, bolehlah dipotong camni
- Nota mklang :
- jgn buat nipis benor..susah nak gulung nanti
- time nak gulung tu...cubalah berlembut skit ngan swissroll...kalau ganas2 tersiat plak kulit swissroll yg cantik gebu tu..kulit swissroll ni jenis FRAGILE
- korang nak buat batik jawa ke..batik marble ke...batik kalerpul ke...ikut sukahati koranglah ye!
- filling tu boleh jugak letak bcream,choc., jem, blueberi..yg mklang buat tu mklang letak blueberi..sodappp :P
-pastikan kek sejuk dulu barulah gulung...kalau tak melekat kat paper kuih
- masa sapu jem tu cuba jangan ditekan kek tu sangat...tu sbb kulit dia melekat..
- kalau perhatikan tepung tu nampak skitkan...takpe...jgn risau..
- alas loyang ngan paper kuih tu...biar terjulur dari loyang pun takpe..senang nak angkat...jangan kedekut paper kuih tau... :-D
- nak guna sponge mix pun boleh...tapi rasalah yg original punya dulu..best ke tak ;-)
-mklang guna loyang sbread 50 petak tu je...loyang tu kan pelbagai guna... ;-)
Friday 9 January 2009
Akok
resepi dari ZalianaBahan:
10 biji telur
300gm gula melaka
200ml air
400ml santan-1 tin
2 helai daun pandan
1/2 sk garam
60gm tepung gandum
Cara:
- masak gula melaka dalam air hingga larut. masukkan sekali daun pandan yg dicarik2.
- tutup api. biarkan suam. masukkan santan & bahan lain. kacau sebati. tapis.
- panaskan acuan akok/ muffin tray. dalam oven 210 degC. letak lapisan paling atas dlm oven. masukkan sedikit minyak dlm acuan. biarkan minyak panas.
- tuangkan bancuhan akok setinggi 1".
- kuih akan mengembang. bila di sejuk akan kecut balik. sejukkan.

Subscribe to:
Posts (Atom)





