Showing posts with label Hidangan Raya. Show all posts
Showing posts with label Hidangan Raya. Show all posts

Saturday 20 December 2008

Rendang Perak

rendangperakpedas

resepi dari kakpah:

Bahan-bahan:
1 kg daging/ayam
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3-5 sudu besar cili boh (cili kering yg telah diblender)
2 inci lengkuas
4 inci halia
5 batang serai
1 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
2 sudu besar kerisik
2 sudu makan serbuk kari daging
3 helai daun kunyit
400ml santan pekat (sebiji kelapa)
Sedikit kiub pati ayam maggi
Garam, & gula


Cara-cara membuatnya:
Potong daging ikut suka. Semua bahan-bahan seperti bawang merah & putih, lengkuas, halia, serai dikisar. Ketumbar, jintan putih & manis dikisar kering. Daun kunyit dihiris halus.

Tumis semua bahan-bahan hingga naik bau. Masukkan rempah kari dan kerisik. Masukkan daging/ayam, biar airnya agak kering sedikit. Selepas itu masukkan santan pekat. Kecilkan api dan balik-balikkan ayam sekerap yg mungkin (takut hangus dibawahnya). Bila agak separuh masak, baru masukkan daun kunyit. Selepas itu masukkan bahan-bahan perasa seperti kiub pati ayam, garam dan gula.

Tunggu sehingga kuah pekat dan daging/ayam empuk. Boleh dihidangkan dengan nasi putih, nasi minyak, lemang atau ketupat.

Friday 7 November 2008

The Making of Ketupat Palas

making of ketupat palas

note: ingat2 lupa cara arwah nenek buat ketupat.

Bahan:
2 kg beras pulut - rendam 6 jam
2 tin santan - 800ml
1 sb rata garam
daun palas secukupnya

Cara:
  • kukus pulut separuh masak (-+ 10min). masukkan pulut yg separuh masak dlm bekas besar. masukkan 1 tin santan yg dicampur dgn garam. kacau serata. biarkan 10 min.
  • kukus lagi beras tadi hingga masak. masukkan pulut yg dah masak dlm bekas besar. masukkan lebihan santan. biarkan hingga suam. dan boleh bungkus.
  • bila semua siap di bungkus. kukus lagi ketupat tadi selama 30 min.
  • siap untuk dihidang atau simpan dalam freezer.