Monday 29 September 2008

VADEY-MASALODE

vadey

terima kasih RINCHAN & MAT GEBU

Bahan:

250 g kacang dhal
1/2 biji bawang besar
1 tangkai daun kari, dilurut dan dicuci
1 camca teh jintan manis, cuci dan toskan
1/2 camca teh garam
2 tangkai cili kering, buang biji, hiris halus, cuci dan toskan
1 biji cili hijau, hiris halus

Cara:
  1. Cuci kacang dhal dan rendam 4 jam. Sementara itu, potong dadu bawang besar dan satukan bersama daun kari, jintan manis, cili kering, cili hijau dalam satu bekas. Gaul rata.
  2. Toskan kacang dhal, kisar hingga hancur (tapi jangan terlalu lumat, mat guna food processor), dan masukkan ke dalam bekas tadi bersama garam. Gaul hingga sebati.
  3. Lumur tapak tangan dengan sedikit minyak masak, ambil sdikit adunan, bulat2kan dan leperkan seperti begedel. Letak atas plastik yang telah disapu minyak. Buat hingga siap.
  4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel. Boleh dihidangkan untuk minum petang...yumm yumm...

Moist Chocolate Cake with Buttercream

recipe

choccake copy

MOIST CHOCOLATE CAKE : Recipe

CHOCOLATE BUTTERCREAM: BY ALONGROZ
125gm butter
125gm margerin
80gm icing sugar
100gm plain cooking chocolate - melted
  • beat all ingredients except chocolate. mix in melted chocolate & ready to use



Thursday 25 September 2008

Kad Raya



dari hana & family

dari nina & family

dari intan & family

dari jasmeen nadira & family
p/s: terima kasih utk semua. maaf juga kalau ada salah silap. selamat hari raya !!!

Monday 22 September 2008

Chili Beef Basil with Tempe

beefwithbasil
Bahan-bahan:
20 helai daun selasih /thai sweet basil - goreng
6 sb minyak masak

-bahan perap-
250gm daging- hiris nipis*
1/2 cwn tempeh - potong kecil*
2 sb nam pla*
1 sb brown sugar*

-bahan tumis-
2 sb bawang putih tumbuk
1 sb halia tumbuk
1/2 bawang besar - hiris nipis
2 sb cili kisar
2 tbs oyster sos

2 sb daun selasih yg di hiris
garam & perahan asam limau secukupnya
  • satukan bahan*, perap 30 min
  • panaskan minya, goreng 20 helai daun selasih. angkat, ketepikan
  • menggunakan minyak lebihan goreng daun selasih, tumis bahan tumis, bila naik bau. masukkan daging & 2 sb selasih yg di hiris. masak dalam 5 min. tambah garam & perah limau nipis.
  • hidang bersama daun selasih yg digoreng tadi.

Sunday 21 September 2008

Prawn & Chicken Toast

prawn toast

makes 15-20 keping roti

Bahan:
20 ekor udang - 120gm
1 keping chicken breast - 100gm
1/4 bawang besar
1 bawang putih
1 biji telur
3 hiris halia
2 sb minyak bijan
1/2 serbuk lada putih
garam secukupnya

bijan secukupnya

  • satukan semua bahan kecuali biji bijan, kisar hingga jadi paste yg lembut
  • sapu atas roti hingga rata. tekan roti yg disapu paste atas pinggan berisi bijan. buat sampai habis.
  • goreng dlm minyak banyak yg sederhana panas.


Playroom / Greenhouse

playroom
Tomato masih berbunga & berputik. Pokok Kesum membesar & meninggi


kad raya dari min


Friday 19 September 2008

Tat Nenas 2008

tat nenas
recipe here

sebelum masak

note:utk glazing cantik dan kuning, bakar tat sampai masak, sapu dgn campuran kuning telur + coloring. bakar lagi 2 min hingga kuning telur masak.

Thursday 18 September 2008

Kuih Kasturi

terima kasih KAK UMMI

Bahan:-
300 gm kacang hijau (+- RM1.00) - rendam +- 2 jam
800 ml air
2 1/4 cawan tepung gandum - (nxt time kurangkan jadi 1 1/2 cwn)
1/3 cawan kelapa parut muda
1/3 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 sudu kecil garam

Cara Memasak:-
Basuh kacang hijau, masukkan air dalam peiuk dan rebuskan kacang hijau hingga lembut dan kembang. Bila telah benar2 kembang, masukkan gula merah dan gula pasir, kacau biar agak pekat/kering. Masukkan garam. Tutup api dan masukkan kelapa parut muda. Kacau sebati, biarkan suam sebentar. Masukkan tepung dan adun sebati. Tuangkan ke dalam loyang dan tekan2 biar padat setebal 1cm. Sejukkan dalam fridge. Bila telah sejuk dan keras, tekap dengan acuan bulat (*ummi guna permukaan gelas). Letak atas loyang yang ditabur sedikit tepung dan tekan/leperkan sikit. Buat hingga habis.

Untuk Bancuhan Menggoreng:-
2/3 cawan tepung gandum
1/3 cawan tepung beras
2 sudu besar air kapur
3/4 cawan air
garam
sedikit serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng

Bancuh sebati semua bahan di atas seperti adunan menggoreng pisang. Celupkan tepung kacang hijau yang dibentuk tadi dan goreng dengan api sederhana. Balik2kan selalu. Bila kekuningan bolehlah diangkat.

Wednesday 17 September 2008

Ikan Percik Kelantan


rasa: lemak-lemak manis

Bahan:
  • 7 ekor ikan
  • 450ml santan(1 tin)
  • 1 asam keping
  • 1 sudu besar gula ( kelatan style mesti manis :)
  • 1 sudu besar rata garam
  • 1 sb minyak
  • 1/2 sk halba-kalau suka
  • @1 bawang besar ( 6 biji bawang merah)
  • @3 ulas bawang putih
  • @4 potong lengkuas (potongan nipis)
  • @1 batang serai
  • @kunyit serbuk

Cara-cara

  1. Ikan di bersih, kelar badan, perap dengan sedikit garam+ kunyit s
  2. Blend kan bahan@
  3. masukkan semua bahan kedalam periuh yang berisi santan. masak hingga pekat dan keluar minyak. ( sebab guna santan tin, minyak tak berapa kluar, jd bila dah kering taruk 1 sb minyak masak )
  4. masuk gula dan garam & rasa,
  5. bakar ikan.
  6. selepas separuh masak. di sapu dengan sos percik tadi..Ulang proses hingga masak.

Tuesday 16 September 2008

Karipap Pusing Sedap

karipap pusing

ref: lynn @myresepi

make 32 biji dan sedap 10/10

*Doh berminyak* :
40gm veg fat-(crisp n dry)
40gm margerin( stoke)
150gm tepung gandum

*Doh biasa* :
350gm tepung gandum
1 cwn air suam
1 sk garam

Cara:
  • gaul *Doh berminyak* sampai lembut & berminyak, bahagi 4 biji, bulat2kan
  • gaul *Doh biasa* sampai lembut dan licin. juga bahagi 4 biji, bulat2kan
  • bungkus *Doh berminyak* dgn *Doh biasa* cam dlm gambar. buat sampai habis.
  • leperkan dan canai sampai nipis, bahagi 2. dan gulung.dapat 2 gulung.
  • canaikan lagi, dan gulung lagi. dan potong 4.
  • ambil 1 potong, canai nipis, isikan dgn inti dan kelim.

step-by-step
karipap pusing copy

Monday 15 September 2008

OREO CHEESECAKE

oreo cheesecake

Resepi dari Joyce (Jthorge) C&P dari K.Ummi. THANK YOU

Bahan base:
30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus
1/4 cawan butter - cairkan

Bahan Filling:
16 oz (2 cawan) cream cheese - lembutkan
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream- guna plain yogurt
2 biji telor
1 cawan oreo yang dicincang halus

Cara:

Base :- gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.

Filling:- Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati. Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata. Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.

note: Buat 1/2 portion : tin size 7". cooking time 30 min

Saturday 13 September 2008

Karipap Pusing

DSCF7216 copy

note: 8/10

Doh Karipap:
resepi doh by k.liza
make 30 biji
Bahan kulit A
350 gm tepung gandum
1 cawan air suam - lebik kurang
1 sk garam

Bahan kulit B:
150 gm tepung gandum
1 sk vegetable fat/ shortening
majerin ikut lembut - guna minyak

Cara
  • Gaulkan dan uli bahan A sehingga kental dan tidak melekat ditangan. Bahagikan kepada bebola kecil. Ketepikan.
  • Gaul dan ulikan bahan B sehingga menjadi ketul yg lembut. Bahagikan juga kepada bebola kecil juga.
  • Ambil bebola A dan leperkan. Ambil bebola B dan masukkan kedalam bebola A. dan ulangkan sampai semua bebola habis.
  • Canai dan leperkan secara memanjang bebola tadi. Gulungkan adunan saperti gulungan tikar. Canai dan leperkan sekali lagi. Gulungkan sekali lagi. Buat kesemua bebola sehingga habis.
  • Ambil satu gulungan dan hiris setebal 1/2 inci dan canai supaya leper tetapi dalam bentuk bujur.
  • Masukkan inti di tengah dan tutupkan semula. Kemaskan dengan kelim dengan kemas. Tekan kuat sikit dengan hunujg jari supaya tidak mudah terbuka bila digoreng. Buat sehingga adunan habis.
  • Panaskan minyak yg banyak dan gorengkan dengan api yg sederhana. Bila nampak kuning keemasan boleh angkat dan hidangkan.

Inti Karipap Sedap

utk 60 biji karipap

Bahan:
600gm potato - potong dadu
150gm carrot - potong dadu
500gm bawang besar- potong dadu
3/4 cwn daging - potong halus
3/4 cwn minyak
3 sb rempah kari
1 sb bawang putih kisar
2 sb gula
1 1/2 sb garam
1 asam keping
  • dlm kuali , panaskan minyak. masukkan potato & carrot. masak sampai lembut ,angkat. ketepikan.
  • kuali yg sama, masukkan bawang & bawang putih. masak sampai wangi & lembut. masukkan rempah kari. daun kari jika ada. dan masukkan daging. kacau kekejap. masukkan potato & carrot. kacau lagi.
  • masukkan gula & garam & asam keping. bila dah rasa. tutup api. sejukkan

Thursday 11 September 2008

Wednesday 10 September 2008

Telor Dadar 'n Cencalok

telordadarcencalok


lagi resepi dari CMG@tiffinbiru

BAHAN-BAHANNYA :-)

3 biji telur gred A
1 biji bawang besar, hiris halus
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 tangaki kacang panjang, hiris halus
4 - 5 biji cili padi, hiris halus * guna 1 biji
6 tangaki daun kucai, hiris halus * tak taruk
1 pokok kecil daun sup, hiris halus
2 camca besar cencalok, toskan dan perah sedikit
4 cendawan- *yg ni sendiri tambah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan tadi bersama telur, kacau dengan garfu sehingga semua bergaul sebati. Panaskan minyak dalam "non-stick pan", dan tuang bancuhan telur. Tutup permukaan frying pan dengan tudung periuk. Masak guna api sederhana.
  2. Bila permukaan telur kelihatan kering, dengan berhati2, terbalikkan telur dan masak hingga kedua2 permukaan garing dan kuning keemasan. Angkat dan hidangkan panas bersama nasi hangat dan sambal belacan...

Cotton soft Japanese Cheesecake

japanese cheesecake

more pictures

recipe by alma@myresepi

Bahan-bahan ( 8" pan)

  • Bahan A:
  • 250g cream cheese-used 225g
  • 50g butter
  • 100 ml fresh mil
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine-used cream flour
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
  • Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon

Cara-cara

  1. Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati.
  2. Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama tartar krim, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).
note : as for my oven req. 120deg C . tutup dgn aluminum foil lepas 45 min dlm oven

Tuesday 9 September 2008

Asam Pedas Johor & Tag from AIN


recipe by CMG@tiffinbiru

Bahan-Bahannya :

4 keping daging ikan "Mayong" (ikan duri)- guna 3 ekor seabass
10 biji bendi muda
2 biji tomato, belah 2 setiap biji
1 genggam daun kesom
1/2 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar
Garam dan secubit gula
7 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1 inci belacan*
3/4 camca teh lada hitam biji*(*ditumbuk hingga lumat)
Air secukupnya

Cara membuatnya :
  1. Cuci ikan mayong, perap dengan garam dan jus limau nipis 10 - 15 minit. Cuci kembali dan toskan. Bendi dicuci dan tos. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumbuk hingga wangi, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya (kurang lebih 600ml atau mengikut keperluan). Biar mendidih.
  3. Masukkan ikan dan jus asam jawa. Tambah bendi (sebab bendi muda, tak payah kerat, cuma perlu buang sedikit tangkainya). Bila mendidih, tambah daun kesom, tomato dan garam secukup rasa serta sedikit gula. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

pokok kesum

A Lovely Poem On Friendship from AIN



We need friends for many reasons,all throughout the season.
We need friends to comfort us when we are sad, and to have fun with us when we are glad.
We need friends to give us good advice,
We need someone we can count on, and treat us nice.
We need friends to remember us once we have passed, sharing memories that will always last.

Monday 8 September 2008

Kerabu Timun Bersantan

kerabu timun
recipe by hanieliza

Bahan:

400 gm timun-buang tengah dan hiris nipis
50 gm udang kering-tubuk
3 biji cili merah-tumbuk ( guna 1 biji)
5 ulas bawang kecil....mayang
1/2 cawan santan pekat
1 sudu besar air limau nipis
gula dan garam secukup rasa
1 sudu kecil lada hitam ( hanieliza tak taruk)

Cara:
Gaul rata semua bahan dan hidangkan.

Kerabu Taugeh

recipe by sherry_mz@myresepi.com

Bahan:

  • Sebungkus taugeh
  • 7 biji cili padi (dihiris)- guna 2 biji
  • Seinci belacan (dibakar)
  • Sedikit udang kering (rendam dulu)
  • 1 sudu teh lada hitam biji
  • 2 sudu makan air perahan lemon/limau
  • 1 sudu makan kerisik
  • Garam & gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Taugeh/pucuk paku hendaklah dicelur terlebih dahulu. Jgn lama sgt, nanti lembik pulak.
  2. Kemudian toskan airnya. Ketepikan dulu.
  3. Hiris halus bawang merah & cili padi.
  4. Tumbuk udang kering, belacan, lada hitam dan kalau nak pedas tambah sedikit cili padi. Tumbuk sampai lumat.
  5. Masukkan bahan2 yg telah ditumbuk tadi ke dalam taugeh/pucuk paku. Gaul rata.
  6. Masukkan kerisik. Gaul rata lagi, jgn biarkan kerisik berketul.
  7. Akhir sekali masukkan air perahan lemon/limau, garam & gula. Sedia untuk dimakan dgn nasi panas.

Roti Goreng - Vegan

ROTI GORENG

recipe burger malaysia by yani@myresepi

Bahan: 8 biji

  • *200g tepung gandum - (tambah lagi 4 sb tepung, sbb nampak cam lembik sgt)
  • *140ml air
  • *2 sudu besar soy butter
  • *2 1/2 sudu besar gula halus
  • *1/2 sudu kecil garam
  • *2 sudu kecil dry yeast
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Masukkan bahan-bahan (*). dalam breadmaker. pilih dough only prog.
  2. bentukkan bulat. ketepikan lagi biar naik lagi 2 kali ganda.
  3. goreng sampai kuning.( api perlahan saja )

Sunday 7 September 2008

Friday 5 September 2008

Baklava - Baclava

DSCF7084 copy
Bahan:
phyllo pastry
2 cwn pistachio nuts - kisar kasar
butter cair
  1. ambil sehelai pastry, mengunakan brush sapu serata dgn butter cair atas pastry. letak atas baking tray.buat lagi sampai siap 5 lapisan.
  2. taburkan pistachio kisar. ratakan.
  3. lapiskan lagi 5 lapisan phyllo pastry seperti step:1
  4. menguna pisau tajam, potong mengikut bentuk dikehendaki.
  5. siram dgn 4 sb butter cair.
  6. bakar suhu sedehana hingga perang. 30-1 jam bergantung pada ketebalan.
Sirap:
2 cwn gula
1 1/2 cwn air atau sirap peach (atau buah dlm tin ambil airnya)
2 sb honey
  1. masak sampai hampir pekat ( jgn pekat sgt nanti tak meresap). siram sirap masih suam atas baklava yang dah masak. biarkan baklava sekurangnya 6 jam sebelum hidang. utk sirap meresap sepenuhnya.


DSCF7061 copy

yg ni untuk tia, guna guna minyak jagung mengantikan buttercair



Collage14
banyak ni agaknya sebulan baru habis

Thursday 4 September 2008

Kanoom Luerm Gruen (Thai) - Kuih Tako (Malay)

kuih tako

Lapisan Hijau:
120 gm Mung Bean Starch
160 ml jus pandan
350 gm gula
  • campurkan semua bahan, masak atas api perlahan. kacau sampai berkilat & pekat. masukkan dalm bekas
Lapisan Putih:
2 sudu besar tepung beras (ratakan)
2 cawan santan (450ml)
1 tbs tepung jagung
1/4 tsp garam
  • campurkan semua bahan, masak sekejap atas api sederhana

Japanese Style Sweet Bun

DSCF7043 copy

Bahan:
375g bread flour*
100g plain flour*
35g milk powder*
75g caster sugar*
3/4 teaspoon salt*
1 teaspoon bread improver*
7g instant dry yeast
1 egg, lightly beaten
150ml water - atau kurang bergantung kpd kepekatan water-roux paste
40g butter( i used 20g shortening + 20g butter

Cara:
  • ayak bahan *. masukkan yeast. gaul sebati. masukkan water-roux paste, telur. dan air. gaul sebati.
  • masukkan dalm bread maker . select dough only program (1 1/2 jam).
  • keluar kan dari breadmaker, bentukkan. biarkan 1 jam.
  • sapukan glazing. bakar 190deg C atau kurang bergantung pada oven. selama 10-12 min


Water-Roux Paste

25g bread flour
125ml water
  • Campurkan bahan, kacau masak atas api perlahan sampai pekat.sejukkan

Glazing: ( buat 1/5 )
50gm gula
50ml madu
1 telur
100ml air
  • larutkan gula dgn air, masukkan bahan. kacau sebati


water roux paste copy

Wednesday 3 September 2008

Tag - Tag - Tag from MAS & ALONGROZ

1) What were you doing 5 years ago?
  • pregnant with Tia..bersalin...happy sangat la kan baru dapat 1st anak...tersengeh jer la :)
2) What are 5 things on your to-do list for today?
  1. kemas kitchen
  2. basuh baju
  3. amik Tia from school
  4. buat lunch for Tia & Adik
  5. masak utk berbuka..
3) What are 5 snacks you enjoy?
  1. kerepek - tak der la kat sini
  2. keropok - ni pun dah habis
  3. rojak & colek - pasar malam pun tak der
  4. kuih-muih - kene buat sendiri
  5. buah - nak buah tropical. pun susah nak dpt.
4) What are five things you would do if you were a billionaire?
  1. sedekah
  2. makan angin kat outer space, singgah bulan..
  3. holiday sakan
  4. shopping sakan
  5. entah la..byk sgt nak buat list ni :)


5) What are five jobs you've had?

  1. senior control engineer - ireland
  2. partime waitress - masa kat uni. allowance tarak cukup oooo
  3. cikgu math sementara - lepas Alevel. ngajar spm. student lagi besar dari cikgu. kene ngorat ngan student cina..( sekolah menengah cina lagi pun )
  4. salesperson kat supermarket - lepas SPM

Tuesday 2 September 2008

Donut Kak Liza

donut

Recipe by Kak Liza.tips from kak ummi
Bahan A:
600 gm tepung gandum
100 gm tepung naik sendiri
100 gm gula
30 gm susu tepung
1 sudu kecil garam
11 gm (1 paket) yis mauripan
Bahan B:
1 biji telor (dipukul sikit)
330 ml air suam
60 gm marjerin (*guna shortening)
1 sudu kecil bread softner
Bahan C (Untuk Menggoreng):-
500 ml minyak
1 sudu besar marjerin(tak taruk pun)

Cara Membuat:-
Gaulkan semua bahan A supaya sama rata. Masukkan pula bahan B dan kacau rata menggunakan breadmaker selama 30 minit, keluarkan dari bm, bulatkan taruk dlm bekas dan tutup . Perapkan selama 1 jam sehingga naik sekali ganda. Kemudian ambil doh dan canaikan biar rata (1/2cm tebal). Terapkan dengan acuan donut hingga habis. (Rehatkan doh biar naik selama 20 - 30 minit. Panaskan bahan C dalam kuali dan masukkan donut dan perlahankan api. Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Bila telah sejuk, golekkan dengan gula kastor. Hidangkan..

Note: buat 1/2 adunan, dapat dlm 15 biji. ******sedap 10/10.

Monday 1 September 2008

Talam Marble

DSCF6972

recipe by kak fida@myresepi

Bahan-bahan ( loyang 10x10 " )

  • 250 g tepung Hoen Kwee (putih)-125g mung bean starch
  • 450 g gula halus-225g
  • 2100 ml santan pekat (drpd 2 biji kelapa)- 1050gm (1 tin 400ml santan + air)
  • 1 sk garam
  • 3 sb serbuk koko

Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan ke dlm mangkuk kecuali koko dan dibahagi 2. 1 bahagian di campur koko.
  2. Masak adunan dlm periuk yg berasingan sehingga pekat,licin dan kelihatan meletup2. Matikan api.
  3. Marblekan adunan berselang-seli warna hingga habis di dlm loyang yg bergris.Sejukkan.
  4. Siap utk dipotong dan dihidangkan.
  5. Cara2 ke 3 hendaklah dilakukan dgn cepat krane adunan cepat mengeras.
Note: buat 1/2 adunan