Showing posts with label Meat. Show all posts
Showing posts with label Meat. Show all posts

Thursday 29 January 2009

Simple Pakistani Lamb Curry


Bahan:
600gm lamb
1 tin chopped tomato
1/2 cwn daun ketumbar cincang
1 labu besar bawang besar-potong dadu
3 ulas bawang putih*-tumbuk
3 hiris halia-tumbuk*
1 sb jintan manis*-tumbuk (atau guna yg serbuk)
1 sb biji ketumbar*-tumbuk(atau guna yg serbuk)
1 sb garam masala*-optinal
5 biji cili hijau-optional
1/4 cwn minyak masak
1 sb ghee-optional
garam

Cara:
  • masukkan daun ketumbar dan tomato dalam blender, kisar hingga hancur.ketepikan
  • panaskan minyak, tumis bawang besar hingga lembut. masukkan bahan *. tumis hingga wangi.
  • masukkan kambing. biarkan 2 min. dan masukkan daun ketumbar dan toamto yga dikisar.
  • masukkan cili hijau ikut kepedasan. perlahankan api. masak hinggau daging lembut. sekali sekala kacau megelakkan hangit.
  • masukkan kentang . masukkan perasa.

Saturday 20 December 2008

Rendang Perak

rendangperakpedas

resepi dari kakpah:

Bahan-bahan:
1 kg daging/ayam
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3-5 sudu besar cili boh (cili kering yg telah diblender)
2 inci lengkuas
4 inci halia
5 batang serai
1 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
2 sudu besar kerisik
2 sudu makan serbuk kari daging
3 helai daun kunyit
400ml santan pekat (sebiji kelapa)
Sedikit kiub pati ayam maggi
Garam, & gula


Cara-cara membuatnya:
Potong daging ikut suka. Semua bahan-bahan seperti bawang merah & putih, lengkuas, halia, serai dikisar. Ketumbar, jintan putih & manis dikisar kering. Daun kunyit dihiris halus.

Tumis semua bahan-bahan hingga naik bau. Masukkan rempah kari dan kerisik. Masukkan daging/ayam, biar airnya agak kering sedikit. Selepas itu masukkan santan pekat. Kecilkan api dan balik-balikkan ayam sekerap yg mungkin (takut hangus dibawahnya). Bila agak separuh masak, baru masukkan daun kunyit. Selepas itu masukkan bahan-bahan perasa seperti kiub pati ayam, garam dan gula.

Tunggu sehingga kuah pekat dan daging/ayam empuk. Boleh dihidangkan dengan nasi putih, nasi minyak, lemang atau ketupat.

Monday 10 November 2008

Burritos

Buritos

Beli OldelPaso burritos dinner kit. ikut jer instruction given. memang dah mati kutu, tak tahu nak masak apa. tapikan, tak la sedap sangat. janji perut tak kosong.

Monday 22 September 2008

Chili Beef Basil with Tempe

beefwithbasil
Bahan-bahan:
20 helai daun selasih /thai sweet basil - goreng
6 sb minyak masak

-bahan perap-
250gm daging- hiris nipis*
1/2 cwn tempeh - potong kecil*
2 sb nam pla*
1 sb brown sugar*

-bahan tumis-
2 sb bawang putih tumbuk
1 sb halia tumbuk
1/2 bawang besar - hiris nipis
2 sb cili kisar
2 tbs oyster sos

2 sb daun selasih yg di hiris
garam & perahan asam limau secukupnya
  • satukan bahan*, perap 30 min
  • panaskan minya, goreng 20 helai daun selasih. angkat, ketepikan
  • menggunakan minyak lebihan goreng daun selasih, tumis bahan tumis, bila naik bau. masukkan daging & 2 sb selasih yg di hiris. masak dalam 5 min. tambah garam & perah limau nipis.
  • hidang bersama daun selasih yg digoreng tadi.

Friday 8 August 2008

Daging Merah Simple

daging merah

Bahan:
300gm daging
2 sb cili sos
2 sb tomato sos
1 sk cili paste
2 ulas bawang putih
1 bawang besar
1 tomato
1 sb gula
2 helai daun limau purut
garam
1 senduk minyak
  • panaskan minyak, tumis bawang putih, masukkan separuh bawang besar. masak hingga naik bau. masukkan daging, masak 5min, masukkan sos, etc. rasa.

Wednesday 6 August 2008

Daging Goreng Kunyit


this one is from MAMAFAMI & RUHIL. tq

dagingkunyit

Bahan:
300gm daging-gaul kunyit + garam
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
cili padi
1 sk kunyit
garam to taste
1 senduk minyak
  • panaskan minyak, masukkan daging, masak 5 min, masukkan bahan2 lain. masak hingga bawang layu. siap

Sunday 20 April 2008

Roast Lamb Rack-kambing bakar

Collage4 copy600

Bahan:
1 rack of lamb
2 ulas bawang putih-kisar
1 bawang besar-kisar
1 sb garam
1 sk lada hitam
1 sb treacle- atau 1-2 tbs dark brown sugar
1 cwn orange juice
3 tbs bramley apple sauce-atau 1/2 cwn apple/pineapple juice- atau 1 biji apple- kisar
3 tangkai rosemary
1 tangkai thyme
1/4 cwn olive oil

Cara:
  1. kelar-kelar kulit kambing .
  2. campur semua bahan kecuali olive oil dlm bekas. lumurkan atas kambing. peram dlm fridge 3-4 jam
  3. keluarkan kambing dari fridge.
  4. panaskan minyak. goreng bahangian kulit hingga perang gelap
  5. panaskan oven 200degC. bungkus kambing dlm alum. foil. masukkan jus perap sekali. tutp rapat2. bakar selama 40 min.

note:
more info regarding lamb cut

Wednesday 16 January 2008

Beef Skewer

DSCF8454 copyrz

Ingredients:
beef-striped
bambo skewers
freshly ground pepper
fresh rosemary
salt
oliver oil
  • season the beef with salt and freshly ground black pepper to taste. skewer them with bamboo sticks . Pour 2 tablespoons of the olive oil on the beef skewers, lay the rosemary on top of the beef.refrigerate for 30 minutes.
  • over high heat, drizzled frying pan with some oil.place the beef skewers in the pan. cook to desired tenderness.
sauce:
2 tbs butter
1-2 tbs flour
ground pepper
1/4 cup mushroom-chopped
1 large onion-diced
1 tbs pati ayam
water

others:
roast parsnip
roast sweet potatoes
roast garlics
green salad

Saturday 5 January 2008

Daging Merah ala Thai

dagingmasakmerahrz

Bahan
1/2 kg daging-rebus hingga empuk
air utk merebus
pewarna merah
perasa

Sos:
60ml minyak
2 ulang bawang putih-cincang halus
2 tsp belacan*
1 tbs sos ikan*
1 tbs gula*
4 tbs sos tomato*
3 tbs sos cili*
3 tbs air + 1 tbs tepung jagung*
1/2 cup air rebusan daging*

2 labu bawang besar-hiris bulat
2 biji tomamto-belah 6
2 biji cili merah-potong menyerong
2 biji cili padi-dititik
6 tangkai daun bawang-potong 3cm
garam secukupnya

Cara:
  • tumis bawang putih
  • masukkan bahan*. masak hingga pekat

Monday 19 November 2007

Beef Steak

steak rz

sos copyrz
Bahan :
steak:
daging steak
schwartz steak seasoning
2 tbs olive oil
olive oil-utk masak


sos :
2 tbs butter
11/2 tbs tepung gandum
1 labu bawang besar - diced
1 tsp lada hitam - tumbuk
sedikit cube ayam maggi
sedikit oyster sos
sedikit kicap manis
sedikit cili sos
sedikit cili powder - optional
1-2 cawan air - ikut kepekatan

roast pepper :
1 biji pepper - belah dua
2 biji tomato - blanch, buang kulit, potong cube
2 anchovy
1 ulas bawang putih - chopped
buffalo mozzarella cheese
sedikit garam
sedikit olive oil
sedikit daun basil- ganti dgn parsley
sedikit lada hitam

cara :
sos :
  • bole buat in advance
  • cairkan butter, masukkan bawang, masak hingga hampir perang.
  • masukkan tepung, kacau ~ 3 minit, masukkan semua bahan .
  • masak hingga pekat & rasa.
  • **utk lg sedap, masukkan sos ke dlm pan yg sama utk masak steak.

roast pepper :
  • masuk kan semua bahan dalam pepper yg di potong 2
  • bakar selama 45 minit
steak :
  • gaul daging, steak sesoning, olive oil-perapkan semalaman
  • panaskan pan, taruk sedikit olive oil atas pan
  • masak 5min on each side
  • bila dah masak rest for 5 min seblom di hidangkan
  • **masukkan sos yg dah siap masak, dlm pan steak, sambil kacau2 utk mendapatkan jus steak.


Wednesday 3 October 2007

Lamb Beryani



Hati Lembu Masak Kicap

hati lembu masak kicap
500g hati
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil cili boh

1 labu bawang bangla ( dipotong empat atau enam shaja)
1 batang cili merah dihiris serong
1 batang cili hijau dipotong serong
3 biji bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
2 sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
1/2 sudu serbuk lada putih
1 sudu makan tomato sos
3 sudu besar kicap manis
Daun bawang hiris sepanjang 2 inci
garam secukup rasa

  • Bersihkan hati ayam dan lumur kan dengan serbuk ketumbar, cili boh dan serbuk kunyit. Ketepikan.
  • Panaskan minyak sedikit dan tumis bawang putih dan halia.. Masukkan hati ayam dan serbuk lada hitam /putih. Gaulkan dan tutup kuali selama 5 minit. Buka kuali dan balik2 kan hati dan tutup lagi kuali selama 5 minit.
  • Kemudian buka penutup kuali dan masukkan cili hiris, bawang, daun bawang, tomato sos dan kicap manis. Masukkan garam sedikit. Balik2 kan .. lalu matikan api sesudah hati ayam menjadi empuk. Boleh tambahkan sedikit air jika terlalu kering..

Monday 17 September 2007

Beef Kofta

kofta

Ingredients:
Kofta
900g/2lb minced beef
2 onions, finely grated
4 garlic cloves, crushed
2 tsp dried chilli flakes
1 small bunch of flatleaf parsley, chopped
1 teaspoon freshly ground black pepper
1teaspoon ground cumin
1 teaspoon ground coriander
1 egg yolk
oil for brushing
salt & beef stock

  • Put all kebab ingredients into a large bowl and mix thoroughly.
  • With clean, wet hands, roll mixture into balls (approx. size of a golf ball) and then shape into a sausage
  • Slide skewers through the centre, lengthways of each kebab
  • Brush the kofta generously with oil and lightly oil the bars of the barbecue or griddle. Cook for five minutes, turning occasionally, until browned all over and cooked through.




Raita
1/2 cup natural/greek yogurt
¼ cucumber, shredded
1 teaspoons fresh mint leaves, chopped
salt
  • For the minted yoghurt, mix the yoghurt with the mint, half a teaspoon of salt and some pepper and set aside

Salad
1 red onions, sliced
½ cucumber, diced
2 toamtoes, diced
lettuce, diced
fresh coriander, chopped
1 tbs lemon juice
salt&pepper
  • Put these in a bowl with a large pinch of salt and mix together well
Sos
4 tbs tomato kecthup
4 tbs cili sos

Friday 14 September 2007

Daging Paprik

Friday 8 June 2007

Satay-bermacam jenis satay




ayee's specialty..
3 hari 3 malam makan satay....tak puas2 lagi..

Sunday 20 May 2007

Asam Kari Kambing

resepi from matgebu@myresepi.com.
tak der ikan, tp jo guna lamb. ok jugak.

Asam Kari IkanBahan-bahan:

500 g ikan pari (atau ikan merah)
10 batang bendi
3 biji tomato, dibelah dua
2 kuntum bunga kantan, dibelah dua setiap kuntum
Segenggam daun kesom
Sejemput asam jawa, dibancuh dgn 1/2 cawan air
2 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN2 UTK REMPAH:-
6 biji bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
1/2 cm halia*
1 inci kunyit hidup*
1 keping hirisan lengkuas*
1 cm belacan*(*ditumbuk lumat)
3 camca besar cili kisar
2 camca besar rempah kari ikan
Cara-cara:
  1. Ikan pari dipotong2 dan perap dgn sedikit garam dan asam jawa. Biar 10 minit dan bilas. Toskan.
  2. Dalam periuk, panaskan minyak (kurang lebih 4 camca besar). Tumis bahan2 tumbuk. Masukkan cili kisar dan serbuk kari ikan. Tumis hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana.
  3. Masukkan air (kurang lebih 500ml) dan asam keping. Biarkan mendidih. Masukkan ikan pari, daum kesum dan bunga kantan. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan jus asam jawa dan bendi. Perasakan dgn garam dan gula. Akhir sekali masukkan belahan tomato dan biarkan mendidih sekejap

Tuesday 1 May 2007

Paru Kuah Asam

















Bahan-bahan:
Paru-rebus, potong dadu.
1 large onion
1 tbs belacan
garam+gula
1-2 lime

Thursday 26 April 2007

Sup Ekor


ala, cam buat sup tulang biasa jer, baby bole buat nyer.

Wednesday 25 April 2007

Sup Ekor Siam

1st time try makan ekor kat ireland. sekali try, nak lagi. Masam, pedas, d way i like it.

Bahan-bahan:









1 kg ekor- goreng kejap kasi brown, nak rebus trus pun ok
1 onion-sliced, goreng sampai perang
5 garlic-tumis
halia-tumis
1 celery
2 tomato
1 carrot
rencah sup siam (tq rose)
cili byk
2-3 lime
garnish:
bawang goreng
daun coriander

cara-cara:
  1. tumis bawang,etc
  2. masukkan air & rencah sup, rebus ekor samapi lembut (2 hrs)
  3. masukkan sayur2
  4. garam& perasa, cili, air limau nipis. mesti pedas & masam..baru best, tp baby tak suka masam sangat kan. ala, lantak la s'yg suka :)
  5. siap..taruk garnish.

Sunday 22 April 2007

Paru Goreng Sambal

last week , pergi kedai Pak mat galway.(halal butcher), order paru, coz orang sini tak makan, so dia kasi free aje. dapat byk ! paru dari sekor lembu. Ha , puas pas ni makan paru.

Bahan-bahan:
500gm limpa- rebus,thinly sliced,then goreng
Bahan kisar:
1 onion
4 garlic
5 tangkai cili kering
Perasa:
1 tbs air asam jawa
sedikit belacan
2 tbs gula
1 tbs garam

Cara-cara:
  1. tumis bahan kisar, masukkan gula belacan, masak hingga hampir kering.
  2. masukkan paru yang telah di goreng.
  3. masukkan semua bahan perasa.
  4. masak sekejap. Siap.