Monday 31 March 2008

Shocho Bloeder-Roti Bluder

shochor bloeder

roti1

thx to widya & lia

Bahan:
400gram Tepung Terigu Protein Tinggi-bread flour
100gram Tepung Terigu Protein Sedang-plain flour tp mummy guna cream flour
1bungkus Ragi Instant (11gram)
75gram Susu Bubuk Full Cream-susu tepung
150gram gula pasir
4biji kuning Telur
2biji putih Telur
25ml susu evaporated
175ml air ice
100gram mentega
1sdt garam

glaze:
  • 1/2 biji telur
  • 1 sudubesar fresh milk
  • 1 sudu kecil gula

cara:

  1. menggunakan breadmaker - basic bread program-total processing 3jam
  2. campur jadi satu bahan kering (tepung, ragi, susu bubuk & gula) di dalam bekas, campur sampai rata
  3. Masukkan telur, susu dan air sedikit-demi sedikit sambil terus di uli pakai bread maker sampai kalis
  4. masukkan mentega dan garam
  5. selepas 1 jam 45 min . kluarkan dari machine.-jgn lupa klu tak masak lak roti ni jd loaf bread
  6. bentukkan mengikut citarasa.roti ni dah manis tp nak taruk inti kacang merah pun boleh
  7. perap lagi selama 1 jam di tempat suam-tutup mengelakkan kering
  8. panaskan oven 180C -bakar selama 10min. keluarkan sapu dgn glaze. bakar lg selama 5min.


roti2

note: rasa cam roti lemak manis kat msia tu. emmm baunyer cam kat bakery

ps: as for image display mummy copycat aunty iu (thx dear) . senang je guna shutterfly studio . :)

Pau Pandan

paupandan

recipe pau biasa. tapi gantikan air dgn air pandan. mummy suka yg pau putih biasa lagi. terasa pahit daun pandan. tak berapa bestla
recipe here

Friday 28 March 2008

Udang n Petai Masak Sambal

udangsambal

Bahan:
400gm udang
5 biji cilik kering-rendam*
1 biji bawang besar*
4 ulas bawna gputih*
air asam jawa
1 sb gula
1 sk garam
4 hiris halia
petai

Cara:
  1. kisar bahan *. tumis bahan kisar hingga garing. masukkan udang dan bahan2 lain. rasa


Thursday 27 March 2008

Kuew Tiau Goreng

kuewtiau

Bahan:
  • 1 bungkus kue tiaw
  • 1 senduk oyster sos
  • 1 senduk cili sos
  • 2 senduk kicap
  • 5 ulas bawang putih-ketuk2
  • 1 bawang besar-potong nipis
  • 1 sudukecil gula
  • 1 sudukecil serbuk lada putih
  • 1/2 cwn ayam
  • 1/2 cwn udang/kerang
  • 2 biji cili merah-potong nipis
  • sawi
  • taugeh
  • garam secukupnya
  • 1 sendok minyak-utk menumis
Cara:
  1. panaskan minyak.tumis bawang besar&bawang putih.masukkan ayam. osyter sos, kicap,sos cili, serbuk lada putih gula & garam.
  2. masukkan kerang, sawi taugeh & keuw tiau. rasa


Wednesday 26 March 2008

Cendol

DSCF0840 copyrz

recipe by: siti mariam@myresepi

Bahan:

  • 1 cwn tepung beras
  • 3 cwn jus pandan
  • 1 tbs air kapur
  • secubit garam
Cara:
  1. masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
  2. kacau selalu supaya tidak hangit.
  3. sediakan bekas yang berisi air sejuk
  4. masukkan cendol ke dalam acuan berlubang atau acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk
  5. simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais
note: batch no 3.
DSCF0733 copycroprz

Monday 24 March 2008

Kuih Tako

DSCF0814 copyrz


recipe by hanieliza
KUEH TAKO

Bahan:
  • Lapisan Bawah:
  • 1 cawan tepung jagung-kurangkan 2 sudukecil
  • 1 cawan gula
  • 4 cawan jus pandan
  • sengkuang cina,potong kecil-tak taruk
Bancuh rata dan masakkan atas api sederhana,kacau hingga pekat berkilat. Tuangkan dalam bekas acuan daun pandan atau bekas pelastik kecil.
  • Lapisan Atas:
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 4 cawan santan pekat + garam
Kacau rata dan masakkan atas api sederhana sehingga pekat. Tuangkan atas adunan hijau tadi.

kuihtako copyrz

tips from auntyJue. mummy godek sana godek sini. cam ok jer. tapi tak tau la cara sebenar macam mana?
what i did:
guna kotak mancis utk mengukur. potong separuk daun pandan sebanyak 5x. yg hujung potong terus. pusing2 cam kasi bentuk kotak. camtumkan hunjug. staple. mummy guna daun pandan size tak lebar, jd ada lubang kat bawah. potong lebuhan daun pandan atau daun pisang utk tutp lubang.

Sunday 23 March 2008

Seabass Bersos Thai

ikanbersosthairz

recipe by chef Mat@tiffinbiru

Bahan:
1 ekor seabass
1 batang serai, dititik-mummy potong nipis
1 kuntum bunga kantan, dihiris-mummy taruk 3 kelopak aje. Jimat
1 cm lengkuas, dititik
1 cm halia, dititik
3 biji bawang merah, dihiris
2 helai daun limau purut, dihiris
2 camca besar sos ikan
1 1/2 camca besar cuka makan

bahan tumbuk:
3 biji cili merah*
2 ulas bawang putih*
1 1/2 camca besar gula*

Cara membuatnya :-)
  1. Bersihkan ikan, belah belakang. salut dllm bancuhan tepung jagung,sedikit garam dan serbuk lada putih. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan, alih ke dalam pinggan sesuai.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang hiris, lengkuas dan halia titik hingga harum. Masukkan bahan tumbuk lumat tadi. Tambah cuka dan sos ikan, gaul rata dan masukkan serai, hirisan daun limau purut dan hirisan bunga kantan.
  3. Masak hingga pekat dengan api perlahan. Dan tuang sos atas ikan tadi, hias dengan hirisan daun ketumbar dan hidangkan segera....yumm yumm..
rating: 5/5