Friday 27 June 2008

Rendang Mussel

DSCF5330 copy

ref: redang kerang @hanieliza fp .

original recipe below:
terima kasih kak hanie 4 sharing. :)
RENDANG KERANG

Bahan

1 kg kerang [rebus dan ambil isi]- ganti dgn mussels
1 biji kelapa [2 cawan santan pekat]
2 s/b kerisik
daun limau purut
daun kunyit [jika suka]
garam
gula
minyak

Bahan mesin
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
3 sm lengkuas
3 sm halia
2 sm kunyit hidup

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak
2. Masukkan santan, kerisek, daun limau dan daun kunyit.
3. Kacau sekali sekala dan biarkan sampai naik minyak dan pekat dan agak kering.
5. Masukkan isi kerang. Rasakan garam dan masukkan sedikit gula.
6. Masakkan sekejap dan biarkan sampai naik minyak . Jangan terlalu lama nanti kerang akan liat.
7. Angkat dan hidangkan.

note: mussel 1 kg..rebus 5 min, asingkan isi...dapatnyer sejemput aje..

Wednesday 25 June 2008

Karipap Simple

DSCF5311 copy

Bahan: 25 biji size kecil
4 cawan tepung
3/4 cawan minyak-panaskan
3/4 cawan air
1 sk garam

Cara:
masukkan minyak yg betul2 panas dalam tepung, kacau dgn folk, bila sejuk, kacau dgn cari sampai berderai. masukkan air. uli sampai rata sebati. bulat kecil2 sesuai utk size 1 biji karipap. bila dah siap. tutup dgn plastik tak nak kasi kering. menguna rolling pin, gelek , jgn terlalu nipis. masukkan inti, klim. goreng dengan api perlahan.

Tuesday 24 June 2008

Laksa Serawak

DSCF5248 copy

recipe by kak sherry@myresepi.com

buat separuh aduan (1 bungkus 200g pes laksa)-terima kasih kak, susah2 hantar pes utk kitaorg.
Bahan-bahan ( 10 orang )
  • 400gram pes laksa Sarawak Hj Manan (2 bungkus)
  • 2 bungkus Bihun
  • 500gram udang basah
  • 3 ketul dada ayam
  • 500ml santan pekat (1 tin santan cream)
  • 8 biji telur ayam
  • 1 kiub pati ayam maggi
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam, gula & msg secukup rasa
  • BAHAN TAMBAHAN
  • 500gram tauge
  • Daun ketumbar @ daun pudina (ikut suka)
  • Limau kasturi @ lemon
  • SAMBAL BELACAN
  • 15 biji cili padi/cabai burung (klu nk pedas lg boleh tambah)
  • Belacan Sarawak (@ lain2 negeripun boleh)
  • Sedikit air perahan limau@lemon
  • Garam & gula

Cara-cara

  1. Rebus dada ayam dalam periuk sehingga masak & empuk. Angkat & carik2.
  2. Dalam air rebusan yg sama masukkan udang. Jgn biar lama sangat. Angkat & toskan.
  3. Air rebusan jgn buang, terus masukkan pes laksa sarawak ke dalamnya.
  4. Tunggu sehingga mendidih, masukkan santan pekat.
  5. Masukkan bahan2 perasa seperti kiub pati ayam, sos tiram, garam, gula & msg. Biar mendidih seketika.
  6. Sementara itu celurkan bihun & taugeh.
  7. Goreng dadar telur. Kemudian gulung & hiris nipis2.
  8. Untuk sambal belacan. Tumbuk cili dan belacan. Tambahkan garam, gula & perahan limau@lemon.
  9. CARA2 MENGHIDANG LAKSA SWK
  10. Ambil sedkikit bihun. Letak tauge, ayam yg telah dicarik, telur dadar yg telah dipotong, udang, daun ketumbar/pudina & sambal belacan. Sendukkan kuah laksa swk yg masih panas. Perah limau/lemon. Sedia untuk dimakan ketika panas2.
Homemade paste laksa by DAYANG

REMPAH LAKSA SARAWAK (dikisar halus menjadi pes)
15 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
5 biji buah keras
18-20 tangkai cili kering, dibuang biji & direndam lembut
2 cm lengkuas
4 btg serai
11/2 cm kiub belacan
2biji bunga lawang,1btg kecil kayu manis (sedikit sahaja)
1/2 cawan kacang tanah, digoreng & ditumbuk
1/2 cawan bijan, digoreng tanpa minyak
Nota: Bahan kering seperti kacang tanah dan bijan hendaklah dikisar dengan pengisar serbuk (coffee grinder).
* tumis bhn tersebut semua di dalam minyak yg sederhana byk hingga menjadi pekat & kental - api sederhana

Sesudah menjadi pes,rebuskan pes dalam 3-4sudu besar bersamaan dgn 4gelas air,tanak sampai menjadi pekat,tapiskan & di ambil jus + 4gelas santan campuran agak2 lah,nak rasa pekat buh lah pekat,nak cair ckit buh air lg yer!

Jgn biarkan kuah td mendidih sendiri,kacau utk elak lemak santan terkeluar,api sederhana.

utk menyedapkan lg kuah,kulit udang di rebus ambil airnya buh dlm kuah td,gula,garam aji secukup rasa.


Sunday 22 June 2008

Ayam Paprik

DSCF5230 copy
recipe by makyong@myresepi.com
Bahan-bahan
  • ½ ekor ayam - dipotong kecil2
  • 4 ulas bwg merah - ditumbuk
  • 2 ulas bwg putih - ditumbuk
  • 1 labu bwg besar - dimayang
  • 2 btg serai - dititik
  • 2 biji buah tomato - dipotong 4
  • 5 biji cili padi - ditumbuk
  • bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
  • sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
  • bahan2 perasa

Cara-cara

  1. Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
  2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

Fresh Strawberry for breakfast

previous day

tolong..tolong...pencuri...
pencuri

ha..ha..tak dapat...ciannya

Today

strawberrypicking copy

sebelum pencuri tu datang balik, baik kita pick dulu.

Doughnut..Donut

DSCF5202 copy

Recipe by skyblue@myresepi.com

Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )

  • 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan shortening/butter
  • 5 cawan tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
  5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.
note: doh lembik skit. tambah dlm 1 senduk tepung. tak tau la. kot2 masa sukat awal2 tu silap. tp donutnya..5*****

Saturday 21 June 2008

Yasmine's Bday Cake

Collage1

Bahan:
kek putih telur-prev.post
butter icing-
450g butter, 200g shortening, 300g icing sugar :- pukul sampai putih.

note: susah nak rata & tersangatla lembik

Thursday 19 June 2008

Eggless Cake

DSCF5128 copy

thx to mama recipe C&P from mamafami
Source : Anamiraa

Ingredients :

275g self raising flour
50g cocoa powder
15ml baking powder

250g caster sugar
135ml sunflower oil
350ml soy milk
few drops of vanilla essense

Method :

1. Sift self raising flour, cocoa powder and baking powder.
2. Add in castor sugar.
3. In another bowl, mix together oil, fresh milk and vanilla essence.
4. Pour the liquid into the dry ingredients and mix till smooth batter is formed.
5. Spoon into the papercups and bake in a preheated oven at 180 C for 20 - 25 minutes.

note: must have recipe for eggless cake

Tuesday 17 June 2008

Kek Putih Telor

DSCF5120 copy2



Bahan:
300g putih telor
190g cream flour/super fine/tepong hong kong
170g gula halus
1sb ovallete
250g (butter + margerin cairkan)
50ml santan cair
1sk cream of tartar

cara:
pukul putih telor sampai kembang. masuk kan gula dan cream of tartar. pukul lg sampai stiff
asingkan 1/4 dan masukkan tepong, ovallete dan santan, pukul sampai sebati
masukkan 3/4 putih telor berselang seli dgn butter/margerin cair dan kacau perlahan2 menggunakan spatula
alaskan tin 8X8" dgn greaseproof paper
panaskan oven 180 deg C
bakar ~ 20min


ubah suai dari resepi kek lapis buku Rabiah Amit

Sweet & Sour Sea bass

DSCF5080 copy2

recipe c&p from kak ummie. thx akak for sharing
Bahan:-
1 ekor ikan kerapu
8 biji cili padi - hiris halus
1 labu bawang besar - dadu
2 ulas bawang putih - cincang
1 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar madu (*boleh juga ganti gula)
1 sudu kecil cuka
1 cawan isi mangga yg diracik halus-mummy guna nenas
sedikit garam

Cara Memasak:-
Ikan dibersihkan, digaul dengan garam dan serbuk kunyit dan salut dengan sedikit tepung jagung. Goreng hampir garing dan angkat. Ketepikan. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan. Masukkan segala sos, madu dan cuka. Gaul rata, masukkan sedikit garam. Masukkan mangga dan kacau sekejap. Tutup api dan tuang atas ikan tadi. Siap..

Thursday 12 June 2008

Kek Lapis Legit

keklapislegit

resepi sama dgn kek lapis kat bawah.
buat 1 biji kek lapis lengit colour2. potong 2, guna 1/2 kek aje utk yg tengah. potong 1" size, & belah 2. susun sebesar saize pan 8 x8" mcm dlm pic. sapu dgn jem, utk melekatkan. bungkus dgn cling film ketat2. simpan dlm fridge 1 jam.

utk lapisan atas & bawah. bancuh 1/2 dari bahan kek . 100gm setiap layer. buat 4 layer. bila layer no 4 dah masak, sapukan jem. letak kek dari fridge perlahan2. sapukan lagi bancuhan kek. masukkan juga antara gap yg kat tepi2. bakar hingga masak. lama skit masak lapisan ni coz bila dah isi gap2 tu , jadi tebal skit.
bila dah masak, bakar lg sampai habis. tutup tin dgn alum.foil. masak lg api atas bawah 180deg 15min.


Saturday 7 June 2008

Scallop Masak Lemak Cili Padi

scallop masak lemak


Bahan: scallop, santan, cili padi, kunyit, serai,rebung, asam keping, garam . Cara: kisar semua bahan kecuali scallop ,rebung & serai . masak & rasa

Scallop images click here

Tuesday 3 June 2008

Kek Lapis Legit

lapislegit2 copy

note: SEDAP sangat. cukup manis. LEMAK, LEMBUT. MELT-IN-YOUR-MOUTH. rasa rempah mild. Why is that so?

Bahan:
25 biji telur kuning- med size -(430)gm
5 biji telur putih-(+- 170gm)
500g butter
200g gula
1 sk ovellete
400gm susu pekat*
2 tbs golden syrup*
1 tbs vanilla*
1 tbs mixed spices*-atau lebih
1/2 tsp cream of tatar- 1 pinch
170g cream flour/superfine-ayak

Cara:
  • pukul butter & ovellet sampai kembang, masukkan bahan bertanda * ------(A)
  • pukul telur kuning dgn gula sampai creamy---------(B)
  • masukkan (B) dalam (A), mix well, kaup tepung dalam bancuhan dgn spatula------(C)
  • Pukul putin telur dgn cream of tartar sampai kembang & pekat
  • kacau kaup putih telur dlm (C)
  • grease 8x8" tin. alas dgn grease proof paper
  • 90-100g each layer, grill setiap layer 3min.buat sampai habis.( this one buat 90gm )
  • bila dah siap , tutup dgn alum foil, bakar api atas bawah 180 15-20 min
recipe adapted from rose:

note:
  • telur kuning mesti betul2 kembang. juga telur putih & butter. basuh pemukul & mangkuk betul2 sebelum pukul bahan2 tadi.
  • masukkan extra pan/mangkok berisi air panas dlm oven bahagian paling bawah-utk meghasilkan wap jd kek lg lembap..temperature grill bergantung pada oven. .Setiap layer masak selama 3-4min.kalau grill terlebih lama setiap lapisan, kek akan jadi KERING & keras. lepas 2/3 layer pandai2 adjust temp/gas mark oven.
  • btw, kek ni tinggi, pan 8x8" hampir penuh.

this beautiful cake is for Nadwah.

lapislegit600