Thursday 26 July 2007

Kuih Keladi

kueh keladi
See recipe(skyblue@myresepi.com)
  • Bahan-bahan untuk bancuhan:
  • 170g tepung beras
  • 40g tepung ubi (tapioca)
  • 500ml air
  • 1 sk garam
  • 1/2 sk serbuk lada putih
  • 1/4 sk serbuk 5-spices (boleh lebih sikit jika suka)
  • 1/2 sk serbuk stok ayam
  • Bahan-bahan lain:
  • 300g Keladi, dibuang kulit dan dipotong dadu
  • 50g Udang kering, direndam dlm air dan toskan
  • 5 biji bawang kecil, dimayang
  • 2 sb minyak masak
  • 1 biji cili merah (optional)
  • Daun sup / ketumbar (optional)
  • bawang putih goreng
  • lobak asin

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan untuk bancuhan ke dalam mangkuk besar. Kacau sehingga rata dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng keladi sehingga permukaan menjadi keras. Keluarkan dan diketepikan.
  3. Masukkan bawang kecil kedalam kuali yang sama, jika perlu, tambah sedikit minyak. Goreng bawang kecil sehingga garing.
  4. Keluarkan bawang bersama separuh minyak dan tinggalkan sedikit minyak didalam kuali. Bawang tadi di letak dlm mangkuk kecil berasingan.
  5. Masukkan udang kering ke dalam kuali, goreng sehingga perang. Masukkan bancuhan (1) sambil kacau.
  6. Masukkan keladi tadi ke dalam kuali, kacau sehingga rata dan bancuhan tadi menjadi pekat.
  7. Keluarkan (6) dari kuali dan masukkan ke dalam acuan dan rata-ratakan permukaan. Stim selama 30-40 minutes.
  8. Biar sejuk sedikit sebelum dihidangkan degan cili, bawang dan daun sup.
  9. Note: - Boleh dihidangkan pada suhu bilik atau panas2. - Potong 1" tebal, salut degan sedikit tepung gandum dan goreng degan sedikit minyak sehingga garing... sedap dimakan dgn samba

2 comments:

  1. sungguh menyerelakan!! feel like making it too... yam is expensive here.

    ReplyDelete
  2. used frozen yam cost 4euro/kg. not too bad la..but then we have to travel to the main city which is 2hr away. anyway lydia, thxs so much for sharing the recipe..

    ReplyDelete