Saturday 21 April 2007

Kek Span Gula Hangus




Bahan-bahan:
1 cawan gula pasir + 1 cawan air (dibuat gula hangus)
1 cawan tepung gandum + 2 tsp soda bicarbonate -ayak 3x
4 biji telur ayam
2 tbsp marjerin
1 tsp esen vanilla
1/2 cawan susu pekat manis

Cara-cara:
  1. Telur dipukul hingga betul-betul kembang.
  2. Marjerin dipukul hingga kembang di dalam bekas yang lain.
  3. Masukkan marjerin ke dalam bekas berisi telur dan pukul lagi hingga kembang.
  4. Masukkan esen vanilla, susu dan tepung. Pukul lagi hingga sebati.
  5. Akhir sekali masukkan gula hangus.
  6. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah dilenser marjerin dan ditabur dengan sedikit tepung.
  7. Perap 3-4 hrs
  8. Bakar hingga masak, suhu oven 160`C selama 50 minit.

1 comment:

  1. yang ni memang nak buat ari ni.my favorite lagipon dah lupa resepi ni.dulu pon dpt dari jo.memang power sedap............

    ReplyDelete