Monday 31 March 2008

Shocho Bloeder-Roti Bluder

shochor bloeder

roti1

thx to widya & lia

Bahan:
400gram Tepung Terigu Protein Tinggi-bread flour
100gram Tepung Terigu Protein Sedang-plain flour tp mummy guna cream flour
1bungkus Ragi Instant (11gram)
75gram Susu Bubuk Full Cream-susu tepung
150gram gula pasir
4biji kuning Telur
2biji putih Telur
25ml susu evaporated
175ml air ice
100gram mentega
1sdt garam

glaze:
  • 1/2 biji telur
  • 1 sudubesar fresh milk
  • 1 sudu kecil gula

cara:

  1. menggunakan breadmaker - basic bread program-total processing 3jam
  2. campur jadi satu bahan kering (tepung, ragi, susu bubuk & gula) di dalam bekas, campur sampai rata
  3. Masukkan telur, susu dan air sedikit-demi sedikit sambil terus di uli pakai bread maker sampai kalis
  4. masukkan mentega dan garam
  5. selepas 1 jam 45 min . kluarkan dari machine.-jgn lupa klu tak masak lak roti ni jd loaf bread
  6. bentukkan mengikut citarasa.roti ni dah manis tp nak taruk inti kacang merah pun boleh
  7. perap lagi selama 1 jam di tempat suam-tutup mengelakkan kering
  8. panaskan oven 180C -bakar selama 10min. keluarkan sapu dgn glaze. bakar lg selama 5min.


roti2

note: rasa cam roti lemak manis kat msia tu. emmm baunyer cam kat bakery

ps: as for image display mummy copycat aunty iu (thx dear) . senang je guna shutterfly studio . :)

Pau Pandan

paupandan

recipe pau biasa. tapi gantikan air dgn air pandan. mummy suka yg pau putih biasa lagi. terasa pahit daun pandan. tak berapa bestla
recipe here

Friday 28 March 2008

Udang n Petai Masak Sambal

udangsambal

Bahan:
400gm udang
5 biji cilik kering-rendam*
1 biji bawang besar*
4 ulas bawna gputih*
air asam jawa
1 sb gula
1 sk garam
4 hiris halia
petai

Cara:
  1. kisar bahan *. tumis bahan kisar hingga garing. masukkan udang dan bahan2 lain. rasa


Thursday 27 March 2008

Kuew Tiau Goreng

kuewtiau

Bahan:
  • 1 bungkus kue tiaw
  • 1 senduk oyster sos
  • 1 senduk cili sos
  • 2 senduk kicap
  • 5 ulas bawang putih-ketuk2
  • 1 bawang besar-potong nipis
  • 1 sudukecil gula
  • 1 sudukecil serbuk lada putih
  • 1/2 cwn ayam
  • 1/2 cwn udang/kerang
  • 2 biji cili merah-potong nipis
  • sawi
  • taugeh
  • garam secukupnya
  • 1 sendok minyak-utk menumis
Cara:
  1. panaskan minyak.tumis bawang besar&bawang putih.masukkan ayam. osyter sos, kicap,sos cili, serbuk lada putih gula & garam.
  2. masukkan kerang, sawi taugeh & keuw tiau. rasa


Wednesday 26 March 2008

Cendol

DSCF0840 copyrz

recipe by: siti mariam@myresepi

Bahan:

  • 1 cwn tepung beras
  • 3 cwn jus pandan
  • 1 tbs air kapur
  • secubit garam
Cara:
  1. masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
  2. kacau selalu supaya tidak hangit.
  3. sediakan bekas yang berisi air sejuk
  4. masukkan cendol ke dalam acuan berlubang atau acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk
  5. simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais
note: batch no 3.
DSCF0733 copycroprz

Monday 24 March 2008

Kuih Tako

DSCF0814 copyrz


recipe by hanieliza
KUEH TAKO

Bahan:
  • Lapisan Bawah:
  • 1 cawan tepung jagung-kurangkan 2 sudukecil
  • 1 cawan gula
  • 4 cawan jus pandan
  • sengkuang cina,potong kecil-tak taruk
Bancuh rata dan masakkan atas api sederhana,kacau hingga pekat berkilat. Tuangkan dalam bekas acuan daun pandan atau bekas pelastik kecil.
  • Lapisan Atas:
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 4 cawan santan pekat + garam
Kacau rata dan masakkan atas api sederhana sehingga pekat. Tuangkan atas adunan hijau tadi.

kuihtako copyrz

tips from auntyJue. mummy godek sana godek sini. cam ok jer. tapi tak tau la cara sebenar macam mana?
what i did:
guna kotak mancis utk mengukur. potong separuk daun pandan sebanyak 5x. yg hujung potong terus. pusing2 cam kasi bentuk kotak. camtumkan hunjug. staple. mummy guna daun pandan size tak lebar, jd ada lubang kat bawah. potong lebuhan daun pandan atau daun pisang utk tutp lubang.

Sunday 23 March 2008

Seabass Bersos Thai

ikanbersosthairz

recipe by chef Mat@tiffinbiru

Bahan:
1 ekor seabass
1 batang serai, dititik-mummy potong nipis
1 kuntum bunga kantan, dihiris-mummy taruk 3 kelopak aje. Jimat
1 cm lengkuas, dititik
1 cm halia, dititik
3 biji bawang merah, dihiris
2 helai daun limau purut, dihiris
2 camca besar sos ikan
1 1/2 camca besar cuka makan

bahan tumbuk:
3 biji cili merah*
2 ulas bawang putih*
1 1/2 camca besar gula*

Cara membuatnya :-)
  1. Bersihkan ikan, belah belakang. salut dllm bancuhan tepung jagung,sedikit garam dan serbuk lada putih. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan, alih ke dalam pinggan sesuai.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang hiris, lengkuas dan halia titik hingga harum. Masukkan bahan tumbuk lumat tadi. Tambah cuka dan sos ikan, gaul rata dan masukkan serai, hirisan daun limau purut dan hirisan bunga kantan.
  3. Masak hingga pekat dengan api perlahan. Dan tuang sos atas ikan tadi, hias dengan hirisan daun ketumbar dan hidangkan segera....yumm yumm..
rating: 5/5

Saturday 22 March 2008

Pulut Panggang

pulutbakar copyrz


Bahan:

Cara:
  1. rendam pulut 4-6 jam. kukus separuh masak. siram dgn santan & garam.perap 15min.kukus lg sampai masak
  2. the rest, see pic below:

pulutbakar1 copyrz
the making of pulut panggang


afternoon tea with aunty Jue & uncle Kama.
thx aunty Jue susah payah bawa daun pisang , beras pulut dari dublin. & tolong masak

Dinner with IU & family from Germany



menu:
seabass kukus
ayam KFC
ulam & sambal belacan

Seabass kukus:
kicap kikoman
bonito flakes
balsamic vinegar
oyster sos
halia
aluminum foil
scallions-hiris dan tabur sebelum hidang

Friday 21 March 2008

Sira Tempe

DSCF0618 copyrz

adapted n C&P from CMG@tiffinbiru

Bahan-Bahannya :-)

500gm tempeh
1/2 cawan ikan bilis, dibelah dua; goreng garing
5 ulas bawang putih-potong nipis; goreng garing
1 biji bawang besar, hiris nipis
15 biji cili kering- blend
2 ulas bawang putih, tumbuk halus
1/2 camca teh garam
3 - 4 camca besar gula pasir
1 camca besar sos cili
1 camca besar cuka makan/jus lemon

Cara membuatnya :-)
  1. Tempe dipotong kepada 3 atau 4 bahagian, kemudian hiris nipis2 (kalau guna tempe tradisi, yang bungkus guna daun, tak payah potong, terus hiris nipis2). Ikan bilis dicuci dan rendam 5 minit, kemudian perah dan toskan.
  2. Gunakan api sederhana, goreng tempe hingga garing, angkat dan toskan atas paper towel. Kemudian goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan toskan dan akhir sekali, goreng bawang besar hiris hingga sedikit garing, angkat dan toskan juga.
  3. Cedok keluar minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 camca besar. Tumis bawang putih tumbuk bersama cili kisar hingga garing. Masukkan cuka, garam dan gula, kacau hingga pekat dan berbuih. Masukkan tempe, ikan bilis dan bawang tadi. Gaul rata2 dan masak sekejap, gunakan api kecil. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..


tempe copyrz

Homemade Tempeh: Batch no:003

Kek Lapis 'Roll' Ice-cream

keklapisroll copyrz

How mummy did:

keklapisrollstep copyrz


Bahan:

Thursday 20 March 2008

Kek Lapis Ice-cream

kekla[is copyrz

ref:kek lapis serawak by rabiah amit

Bahan A

  • 15 biji kuning telur
  • 5 biji putih telur
  • 200gm gula halus - asal 300gm
  • 240gm tepung naik sendiri
  • 1 camb ovelette -
  • 1 camt baking powder
  • 400gm Mentega-mummy guna 300g butter+100g veg.fat


Bahan B

  • 90g choc icecream
  • 15g serbuk koko-asal 45g
  • 1 suduteh pewarna choc-tak taruk


Bahan C
  • 90g vanilla icecream
  • 2 suduteh vanilla esen

Cara membuatnya:

  1. Pukul puith telur hinga berbuih,masukan gula sedikit demi sedikit
  2. masukkan kuning telur satu persatu, pukul hingga pekat
  3. masukkan mentega kedlm adunantelur.kacau ata, kaup balikkan tepung
  4. timbang bancuhan = lebih kurang 1010gm
  5. bahagi 2 bahagian, masukkan Bahan B & C kesetipan satu bahagian. kacau sebati
  6. grease acuan. lapik acuan 8" x 8" dgn grease proof paper.
  7. masukkan 100g adunan mengandungi A . ratakan. bakar guna api atas selama 3 min.tekan lapisan yg dah masak dgn lacuan rata
  8. masukkan 100g adunan mengandungi B . ratakan. bakar guna api atas selama 3 min..tekan lapisan yg dah masak dgn lacuan rata
  9. Ulangi proses ini hingga adunan habis. utk lapisan terakhir, bakar dgn api atas bawah selama 10 min 180 deg C

Wednesday 19 March 2008

Kek Lapis Prunes n Mixed Peel

DSCF0428 copyrz

ref: sweetlily
Sumber: Buku Kek Lapis Sarawak.


Bahan A

  • 12 biji kuning telur
  • 5 biji putih telur
  • 300gm gula halus - kurangkan ke 150gm
  • 150gm tepung gandum
  • 1 camb ovelette - tak taruk
  • 1 camt baking powder


Bahan B

  • 250gm Mentega
  • 8 camb Susu Pekat manis
  • 1 camt esen vanilla


Bahan C

  • Perwarna merah, kuning & biru
  • mixed peel & prunes


Cara membuatnya:

  1. Pukul Bahan A hingga ringan dan kembang. ketepikan
  2. Pukul bahan B hingga kembang.
  3. Masuk bahan A ke dalam B. bahagi kepada 3 bahagian . colourkan merah,biru & kuning-(+-300 setiap colour)
  4. Satu bahagian masukkan kaler merah dan satu bahagian lagi biarkan warna asal.
  5. gris kan loyang, lapik dgn grease paper
  6. Tuang 100gm colour kuning grill selama 200'c selama 3 minit.
  7. Tuang 100gm adunan merah, dan susun prunes & tabur mix peel di atasnya. grill lagi
  8. Tuang 100gm adunan biru, bakar
  9. Ulangi proses ini hingga adunan habis. utk lapisan terakhir, bakar dgn api atas bawah selama 10 min 180 deg C



Tuesday 18 March 2008

Monday 17 March 2008

Homemade-Serunding Ikan

DSCF0263a copyrz

Recipe by tok ma
Bahan:


10 ekor ikan mackerel-rebus n buang tulang
1-2 labu bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
10 biji cili kering*-rendam dlm air panas
2 sudubesar biji ketumbar-goreng tanpa minyak n tumbuk kasar
2 tin santan
1-2 asam keping
3 sudubesar gula
1 sudu besar garam


DSCF0263brz

Cara:

  1. kisar isi ikan dengan 1 tin santan
  2. kisar bahan bertanda*. masukkan semua bahan dalam kuali besar. masukkan kan separuh sukatan gula & garam.
  3. menggunakan api sederhana, maska hingga kering. sentiasa di kacau
  4. bila kering, perlahan kan api, masukkan lebihan garam & gula jika perlu
  5. masak hingga kering dan berderai dan perang. sentiasa kacau bahagian bawah mengelakkan hangit
  6. rasa mesti lebih manis. imbang rasa garam & masam. serunding ikan ni tka pedas. kalau nak pedas double cili kering



dear mama:
ikan utk buat sambal ikan-kat gambar tu yg jo, ayee & anak2 pergi fishing last summer. dah 10 bulan dalam freezer, masih ada few bungkus lg. selama ni buat keropok ajer, tak pernah teringat nak buat serunding aka 'sambal ikan' . tia & adik suka sangat, memang rasa cam yg beli.thanx mama

Sunday 16 March 2008

Cream Puff 'n Custard

creampuffrz


Bahan:


Puff Pastry:
100g butter
150g plain flour
4 eggs
250ml water
pinch of salt

Cara:
  1. heat butter in pan with 250ml water. bring to the boil
  2. pour over with flour.
  3. stir continuously, until dough forms. remove fr heat.leave to cool
  4. breaks eggs into dough. mix well with hand blender
  5. leave to stand fo 1 hr
  6. using icing bag & star nozzle, squeeze out to square or circle pattern
  7. bake 200 deg C for 15-20min


DSCF0354 copyrz

Cream custard:
  • 1 tbs corn flour*
  • 1 tbs custard powder*
  • 4 tbs sugar*
  • 1 egg*
  • 1 cup evaporated milk
  • 1 tbs butter
  1. combine marked * with 2 tbs of evaporated milk. mix well
  2. pour remaining milk. mix
  3. cook in microwave for few min until thicken
  4. once thicken, stir every 1 min. until desired thickness
  5. for shining finish, stir in with butter.leave to cool

Sup Ikan Power CMG

DSCF0348 copyrz

recipe by chef Mat@tiffinbiru , c&p from ummizaihadi

Bahan:-
  • 1 ekor ikan jenahak/tebal pipi/ikan merah
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 biji bawang merah kecil - hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih - hiris nipis
  • 1 liter air
  • 3 sudu besar minyak masak
  • Daun sup/daun bawang dan bawang goreng untuk hiasan

Bahan-bahan rempah dan kisar:-
  • 6 biji bawang merah kecil - kisar
  • 3 ulas bawang putih - kisar
  • 1 inci halia - kisar
  • 1 inci kunyit hidup - kisar
  • 1 camca teh lada hitam
  • 1 keping hirisan nipis lengkuas - kisar
  • 2 camca besar rempah sup Adabi
  • 1 1/2 camca besar rempah kurma Adabi
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:-
  1. Ikan dibersihkan dan potong ikut suka. Satukan bahan-bahan kisar dengan rempah2 sup, gaul rata. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dihiris, serai, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan daun pandan hingga wangi. Masukkan bahan rempah tadi dan masaklah hingga pecah minyak dengan api perlahan. Masukkan air, biarkan mendidih. Masukkan ikan dan masak dengan api sederhana hingga ikan masak. Seimbangkan rasa garam dan gula. Angkat. Sebelum makan, taburkan hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng.

Kuah Pasembor

DSCF0192 copyrz

Bahan:
  • cili kering-kisar*
  • 1 bawang besar-kisar*
  • 4 hiris halia-kisar*
  • serai-ketuk
  • 1 sudubesar otak udang
  • 1 ketul keledek-rebus n lecek
  • kacang tumbuk
  • garam & gula
  • asam jawa
  • minyak utk menumis
  • air secukupnya
Cara:
  1. tumis bahan *, bila dah wangi, masukkan bahan2 lain.
  2. kacau mengelakkan hangit. masak selama 1-2 jam
  3. rasa

Cucur Udang

DSCF0243 copyrz


Cara:
  1. gaul semua bahan. perap 1 jam
  2. masa nak mengoreng masukkan udang
  3. goreng hingga perang

Saturday 15 March 2008

Thursday 13 March 2008

Kek Choc Kukus

DSCF0237 copyrz

recipe by chef mini-SOON
note: 5/5

Wednesday 12 March 2008

Clam Tumis Serai

DSCF0029 copyrzDSCF0021 copyrz

Bahan:
  • 1 kg Clam
  • 1 batang serai
  • 3 ulas bawang putih
  • minyak utk menumis
  • 1/2 cwn air
Cara:
  1. tumis bawang putih, masukkan serai. masukkan clam. tutup periuk
  2. masak hingga clam terbuka. 5 -8min
note: no salt needed. clam dah masin

Homemade-Tau Foo Fah

DSCF0202 copyrz


resepi dari Chef Mat@tiffinbiru , copy-paste dari Nita@almariresepi

Bahan:

  • 4 liter air kacang soya
  • 11 gram Gypsum Powder-dari Nita
  • 20 gram Cornstarch
  • 1/2 cawan air

  • Bahan kuah:
  • Air gula merah
  • masak gula merah dgn portion 1 gula: 1 air. Masak sampai gula nampak likat.

Cara:
  1. Rebus air kcg soya hingga mendidih. Berhati2 bila dia da nak mendidih...takut dia melimpah2 dari periuk. Rajin kacau semasa memasak utk mengelakkan jadi kerak.Bila dah mendidih, matikan api.
  2. Kemudian, masukkan Gypsum Powder & Cornstarch (tepung jagung yekk...) kedalam air. Bancuh sehingga sebati.Kemudian ambik bekas untuk setting tau fu fa cth: bekas plastik pun boleh. Masukkan air bancuhan gypsum dgn constarch tadi...goyang2 kan bekas spy bancuhan tidak mendap. Kemudian, masukkan air soya yg baru lepas mendidih tu cepat2. Biarkan sehingga 15 minit. Bila nampak bancuhan dah set, baru boleh di senduk dan dimakan dgn air gula melaka atau gula merah.

DSCF0222 copyrz


next bacth nak try resepi kat about.com pulak

DSCF0236 copyrz


batch no 1: lembik, tak berapa padat, according to Chef Mat, mayb susu soya cair. Mummy buat 1 kg utk 6 litre susu. next time try 1 kg for 4 litre.

Monday 10 March 2008

Special Delivery from Nita

DSCF0132RZ

Dear Nita;
Terima kasih banyak2 dr kami sekeluarga. & wish me luck in making tau fu fah..ayee & kids so looking fwd for this. they ve gone to get some soy beans. harap2 ada la kat tesco tu.

info

Kuih Lidah Buaya aka Kuih Tiram

DSCF0119 copyrz

Full recipe and methods here @ s_shameen

Bahan:
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 biji telur-*tak taruk
  • 2 sudu margerin
  • sedikit garam
  • 160ml air (lebih kurang)

Bahan lain:

  • 6 sudu tepung jagung
  • 6 sudu minyak masak
Cara:
  1. Satukan tepung, margerin, telur & garam, gaul hingga rata semua nyer hinga jadi mc bread crumb.
  2. Masukkan air Jangan masuk semua, takut terlembik. (tapi kalau terlembik boleh tambah tepung, ye tak?) hehheehe. Uli doh sehingga kita dapat doh yang licin.
  3. Sediakan bancuhan tepung jagung dengan minyak. Satukan kedua dua bahan ini & kacau sehingga mendapat bancuhan seperti gam. (Jangan pekat sangat & jangan cair sangat).
  4. Doh tadi dibahagi 2 (supaya senang kita nak kerja kan dia..kalau tak nanti..besar sangat la pulakk) hehhehe.Setiap satu doh..kita canai nipis seperti nak buat karipap (of course kita akan dapat canai yang besar & lebar) :)
  5. Sapukan bancuhan tepung jagung tadi keseluruh permukaan tepung.
  6. Kemudian gulung memanjang. Jika mahukan lapisan yang banyak buat 2 kali proses ini..ataupun terus ke step 7.
  7. Kemudian potong kecil2 seperti dalam gambar. Potong lebih kurang sebesar ibu jari
  8. Gelek seperti dalam gambar, kemudian goreng dengan minyak yang banyak sehingga kekuningan.
  9. sira gula

Sunday 9 March 2008

Kari Kepala Ikan

DSCF0093 copyrz

Saturday 8 March 2008

Buttercream Roses - exp.no: 1



DSCF0085 copyrz

mummy's 1st ever Buttercream Roses. so compang camping. embroidery pula macam ulat gonggok:( ada sapa2 nak tolong ?.

Bahan:
125 g butter
35 g refined vegetable fat
125 g icing sugar
2 tbs milk

note: tak best pun resepi ni, main campak jer. utk buat border cantik, tp klu nak buat rose petal, pecah2 petal tu. kenapa yer.. texture cream cam ada lubang2, tak smooth . aganya kalau guna resepi yg ada krimwell tu elok tak? sini mana nk dpt benda tu ..hemmm


ctnik said: kalau kt sini,hanya crisp n dry & pura.both keras mcm butter 'buttercup' or lurpak tuh.tapi memang kalau nk beat BC,letak kt luar,pastu potong kecik2.ct guna dua2 jenis,sb kdg2 pura cpt sold out.jo leh cari kt bhgian butter.tp BC ni,kena beat lama tau.kalau hand mixer,maunya dkt 30 min utk 250gm kalau stand mixer dlm 15m rasanya.

sweetlilly: salam jo.. bunga ros tu dah ok dah.. lawa la.. kalo tak nak bc tu ada lubang2. cream tu kena putar slow je. memang mkn masa yg lama tapi hasilnya memang lembut dan halus. ni yg selalu SL buat.

Noraini Zakaria: Boleh tahanlah bunga, tapi kena practice lagi bagi perfect.Butter dan krimwell kena pukul lama sikit bagi gebu baru masuk sirap gula atau gula aising.Baru licin, tak ada biji-biji.

Friday 7 March 2008

Grilled Mussels

DSCF0010 copyrz

Bahan:
1500gm mussels
butter
parsley
garlic
black pepper
breadcrumbs

grilled - 200 deg C until golden brown

DSCF9988 copyrzDSCF9992 copyrz

Cara:
mussels: 1500gm
  • bersihkan, masukkan dlm periuk, tutup masak 5min-no water needed
  • buang air, susun mussel atas baking tray
garlic butter: gaul sebati
  • 2 tbs butter + 1 tbs chopped parsley + 1 tsp chopped garlic + 1/2 tsp black pepper
breadcrumbs: gaul sebati
  • 2 cup breadcrumbs + 3 tbs melted butter + 1 tbs chopped parsley + 1 tsp chopped garlic



Thursday 6 March 2008

Homemade-Ikan Terubok Masin Eire

DSCF9834 copyrz

Bahan:
1 ekor ikan terubok - 600gm
1 sudubesar penuh seasalt
  • bersihkan ikan
  • keringkan dengan kitchen roll
  • lumur dengan garam , keringkan dalam boiler room( atau tempat kering) selama 2 hari

Wednesday 5 March 2008

Stuffed Pancakes

DSCF9910 copyRZ



Bahan:

Cara:
  1. masukkan inti atas pancake, gulung macam gulung popia.
  2. sapu baking dish dgn butter atau minyak
  3. susun pancake yg digulung
  4. tuang white sauce
  5. tabukkan cheese diatas
  6. bakar hingga perang 200 deg C
  7. bila betul2 sejuk, terbalikkan, macam keluarkan cake dari loyang
  8. potong, hidang dgn cili sos.
  9. sedap dimakan sejuk atau panas

DSCF9918rz copyrz